NAMPAKNYA rindu peminat terhadap lakonan Sharifah Rose dan Redza Rosli dalam siri Kekasih Hati Mr Bodyguard bakal terubat apabila penggambaran baki drama berkenaan akan disambung tidak lama lagi. Bagi penerbit Creative Skill Solution Sdn Bhd, Suriyati Sidek keputusan kerajaan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi industri kreatif bermula Khamis ini memberi kelegaan penggiat seni sepertinya. Enggan terus berlengah, Suriyati berkata pasukan produksi drama Kekasih Hati Mr Bodyguard akan kembali bekerja sekitar minggu depan bagi menyiapkan baki penggambaran di sekitar Lembah Klang.ARTIKEL BERKAITAN: Lana Nodin ‘cari penyakit’ tuduh Dr Noor Hisham berlakon buat muka sedih... dikecam netizen sampai suruh balik negara suami "Alhamdulillah syukur dah boleh mula penggambaran. Jadi Kita akan sambung balik Kekasih Hati Mr Bodyguard yang terpaksa dihentikan masa lockdown dulu. "Apapun kita tetap kena patuh SOP. Sebenarnya kita memang dah buat prepare awal untuk kembali ke set. "Perancangan akan ke Negeri Sembilan minggu depan tapi sekarang Selangor dah boleh buat penggambaran, kita akan maintain lokasi di sini sahaja dulu. Sharifah Rose dan Redza Rosli watak utama dalam drama ini. "Kita akan maintain lokasi yang sama di Selangor and Kuala Pilah untuk rumah hero," katanya ketika dihubungi mStar. Bermula 2 Jun lalu drama Kekasih Hati Mr Bodyguard di slot Lestary di TV3 terpaksa ditangguhkan tayangan berikutan baki penggambaran tidak sempat disiapkan sepenuhnya ekoran pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang berkuatkuasa sejak 1 Jun. Drama berkenaan hanya sempat menemui penonton sehingga episod kesembilan. Menyentuh mengenai SOP, Suriyati berkata pihaknya akur dan akan mematuhi syarat diluluskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar pelakon dan kru terlibat sudah menerima dos lengkap vaksin Covid-19. "Semua pelakon dan kru dah lengkap dua dos. Semua mereka sudah lebih 14 hari selepas vaksinasi dos kedua. Semua pelakon dan kru dah lengkap dua dos. Semua mereka sudah lebih 14 hari selepas vaksinasi dos kedua SURIYATI SIDEK PENERBIT "Terima kasih juga kepada TV3 yang aturkan pengambilan vaksin bagi sesetengah pelakon yang belum. "Tapi sebelum mula semua pelakon kru akan buat swap test dulu. Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) pun dah dapat, jadi tiada masalah untuk sambung," katanya. Sementara itu mengulas mengenai status Lana Nodin yang turut membintangi drama berkenaan, Suriyati berkata pihaknya sedia maklum dengan isu membabitkan aktres berkenaan. Bagaimanapun kata Suriyati, sama ada Lana akan dibenarkan memasuki set penggambaran atau tidak kerana belum menerima vaksin Covid-19 masih belum diputuskan. "Dia ada surat doktor. Bukan tak nak ambil (vaksin Covid-19) tapi dia ada masalah kesihatan dan juga dia menyusukan anaknya... ada masalah. "Jadi kita akan bincangkan... harap tak ada masalah kemudian," katanya. Nama Lana hangat diperkatakan sebelum ini kerana lantang mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Bukan itu sahaja, Lana turut dituduh sebagai seorang yang anti vaksin dan cuba menghasut orang lain dengan mempersoalkan keberkesanan pelali tersebut. Namun menerusi laporan mStar sebelum ini, dia menafikan perkara itu sebaliknya masih mahu menunggu vaksin Covid-19 itu betul-betul selamat untuk digunakan kerana sehingga kini ia masih dalam proses ujian klinikal. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!