suria

“Jangan buat hal! Ada cable besar ke?” - Fauziah Nawi bocor rahsia produksi ambil pelakon tak lengkap vaksinasi

Fauziah meluahkan rasa kekesalannya terhadap penerbit menerusi video di Instagram.

TINDAKAN seorang penerbit dan pengurus produksi (PM) mengambil pelakon yang belum lengkap vaksinasi untuk memulakan penggambaran mengundang kemarahan aktres Fauziah Nawi.

Fauziah, 68, mengakui bimbang kelonggaran yang diberikan ditarik balik jika pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengetahui perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan beri kelonggaran SOP bagi industri kreatif, aktiviti panggung wayang turut dibenarkan

"Macam mana ada penerbit dan PM boleh ambil pelakon atau karyawan yang tak vaksin? Janganlah buat hal. Nanti kerana kalian, kebenaran akan ditarik balik.

ibu 1

Fauziah muat naik status di Instagram.

"Menyusahkan. Kalau pihak #KKM #MKN #Finas dapat tahu macam mana? Atau kalian ada cable besar ke? Ini bukan cemburu tapi diam-diamlah," kata Fauziah.

Terdahulu, Fauziah atau lebih mesra disapa sebagai ibu Fauziah menerusi Instagram meluahkan rasa kesal terhadap penerbit yang mengambil kesempatan terhadap kebenaran yang diberikan.

Pada Selasa, kerajaan melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersetuju melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 1 bagi industri kreatif, berkuatkuasa 9 September.

Persetujuan untuk memberi kelonggaran berkenaan adalah tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan oleh MKN, termasuk hanya kepada penggiat, pekerja dan pengguna yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 serta kapasiti ruang premis yang dibenarkan.

Hak asasi manusia tapi janganlah sombong, tak ada siapa cemburu anda shooting.

FAUZIAH NAWI

PELAKON

Dalam pada itu, Fauziah memberitahu semua penggiat seni yang ingin memulakan kerja sepatutnya mematuhi SOP yang ketat seperti yang ditetapkan kerajaan.

Biarpun vaksinasi itu merupakan pilihan individu namun Fauziah berharap semua pihak tidak bersikap pentingkan diri sendiri.

"Ramai dah dapat tawaran untuk mula kerja dengan SOP yang sangat ketat. Semua kena ikut SOP... kena vaksin, swab test sebelum dan selepas shooting.

ibu 2

Aktiviti penggambaran dibenarkan bermula pada Khamis.

"Ramai yang belum dapat kerja dan tengah seksa hidup ini. Tolong la... sesiapa yang tak nak vaksin itu, terpulang la. Itu pilihan anda dan hak individu.

"Hak asasi manusia tapi janganlah sombong, tak ada siapa cemburu anda shooting. Memang rezeki Allah tapi boleh tak, jangan cakap.

"Diam-diam sudahlah. Kenapa buat macam ini, selfish dan sombong," katanya menerusi video di laman Instagram.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan siapakah individu yang dimaksudkan Fauziah menerusi perkongsian berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain