suria

Tiada niat ‘show off’ anak dara, Fiza Halim cuma kongsi rasa rindu 5 bulan tak jumpa - “Netizen DM takut ada yang dengki”

Fiza terkejut foto dua orang anaknya tular.

PERKONGSIAN foto pelakon Fiza Halim memperkenalkan dua anak gadisnya iaitu Feera Aryanna dan Feeya Adyrra di Instagram menarik perhatian netizen yang rata-rata memuji kecantikan mereka.

Tidak menyangka foto tersebut tular, pemilik nama Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim berkata, dia hanya berkongsi rasa rindu kerana sudah lima bulan tidak bertemu dengan anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan difitnah ‘kaki sondol’, Fiza Halim bengang pemfitnah ganggu dua bekas suami - “Lagi lama saya diam, makin menjadi-menjadi!”

Fiza juga memberitahu dia tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk seperti mana mesej beberapa netizen yang tidak senang dengan perkongsian itu.

"Saya dah lama tak jumpa anak-anak sebab mereka tinggal bersama bekas suami pertama. Saya memang kalau boleh nak elak jumpa sebab mereka pun tak vaksin lagi.

Fiza 2

Netizen terpegun dengan kecantikan dua orang anak Fiza.

"Tapi semalam (Selasa) kami jumpa selepas lima bulan sebab anak nak potong rambut. Bila dah lama tak jumpa, saya post la di Instagram.

"Tapi tiada niat pun nak 'show off' anak. Sekadar berkongsi saja... tapi tak sangka la boleh dapat perhatian ramai. Sampaikan ada netizen DM minta saya jangan kongsi.

"Katanya lebih baik saya jangan kongsi, takut nanti ada yang kurang senang atau dengki pula. Tapi niat saya hanya ingin kongsi perkembangan saja," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, foto dua orang anak perempuan kepada pelakon berusia 40 tahun itu di Instagram menerima pujian daripada netizen.

Ramai yang terpukau dengan kecantikan dan menawarkan diri menjadi menantu aktres itu.

Kami tak izinkan mereka ke arah dunia seni.

FIZA HALIM

PELAKON

Dalam pada itu, bekas ahli kumpulan Elite ini meluahkan rasa syukur kerana bekas suami pertamanya iaitu Ahmed Farriq Zainul Abidil yang bertanggungjawab dan pandai menjaga anak-anak mereka.

"Kalau sebelum ini, memang selalu jumpa juga tapi sejak pandemik ini, memang kurangkan jumpa. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur ada bekas suami yang baik.

"Saya hargai bekas suami yang seorang bapa bertanggungjawab dan pandai mengurus serta menjaga anak-anak kami. Susah nak dapat lelaki macam dia," katanya.

Sementara itu, Fiza memberitahu dia dan bekas suaminya tidak membenarkan dua orang anak mereka itu menceburi bidang seni buat masa ini.

"Buat masa sekarang, saya dan bekas suami memang tak bagi mereka ceburi bidang seni atau peragaan. Kami tak izinkan mereka ke arah dunia seni.

Fiza 1

Fiza bersama tiga orang anak perempuannya.

"Mungkin bukan waktu sekarang sebab kami nak mereka lebih fokus kepada pelajaran. Habiskan belajar dahulu... mungkin nanti habis kolej atau universiti, baru fikir.

"Apabila mereka dah besar dan pandai bawa diri, barulah boleh buat pilihan. Memang sekarang, tidak benarkan masuk industri seni pun," ujarnya.

Fiza mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, namun bercerai pada 4 November 2010 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.

Fiza seterusnya berkahwin dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013 namun perkahwinan kedua juga tidak dapat diselamatkan.

Kemudian, Fiza berkahwin dengan juruterbang berstatus duda dua anak, iaitu Aizat Al Jefri pada Disember 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Siti Aleena atau Baby Aleena yang kini berusia tiga tahun.

Mereka juga akhirnya bercerai pada 22 Julai 2019.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain