suria

[VIDEO] “Keluar dari perut mak, saya sebut ‘sushu’ bukan susu!” - Netizen tak puas hati cara Caprice bercakap, syak pura-pura buat slang

Membesar di luar negara punca Caprice sukar bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu.

SEBUT nama Caprice, pasti ramai terbayangkan gaya percakapan penyanyi rap ini yang bertutur dalam slang bahasa Inggeris ketika berinteraksi dengan pengikut di laman sosial.

Isu ini terus menarik perhatian netizen hinggakan ada yang mempersoalkan cara sebutannya dalam bahasa ibunda yang kedengaran asing tidak seperti orang Melayu.

Menerusi Instagram, seorang pengikut bertanyakan mengenai cara pertuturan dan slang yang digunakan dalam perbualan harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice akhirnya ‘nampak’ jalan pulang, berangkat tinggalkan bumi Jordan

"Dari lahir ke cakap memang slang gitu ya?" soal pengikut.

Menjawab pertanyaan itu, Caprice secara berseloroh memberitahu dia sudah terbiasa bertutur dengan cara sebutan berkenaan sejak lahir lagi.

caprice 4

Caprice kini sedang menjalani kuarantin selepas pulang dari Jordan.

"Tak habis-habis orang tanya pasal slang... ya keluar je dari perut mak terus saya sebut ‘shushu’ bukan... ooo susu! Itulah slang saya.

"Saya cuba yang terbaik! Kalau siapa-siapa pernah kenal awal-awal balik Malaysia (dulu) lagi teruk,” jawabnya ringkas.

TONTON VIDEO CAPRICE INI!

Caprice sebelum ini pernah memberitahu dia dibesarkan di beberapa negara di Eropah dan Timur Tengah kerana mengikuti bapanya yang bertugas sebagai pegawai diplomat.

Sementara itu, dalam muat naik yang sama Caprice turut menjelaskan mengenai penghasilan video muzik (MV) dan lagu jihad yang dilakukan sepanjang dua bulan berada di Jordan dan Mesir.

Menurut Caprice, lagu dan MV berjudul Tiger of Al Quds itu dicipta bagi menaikkan semangat anak muda Palestin yang sedang berjuang menentang kezaliman Israel.

caprice 3

Caprice membesar di luar negara sejak kecil lagi.

Niat baik Caprice itu bagaimanapun dikritik netizen dan ada yang beranggapan tujuannya mahu ke negara bergolak itu semata-mata ingin membuat lagu sahaja.

"Saya mulakan karier di Malaysia dengan buat lagu dan buat MV untuk tangkap (hati) anak muda... kemudian baru mula hujah dan jihad, itulah cara saya dekati anak muda.

"Apa cara paling best untuk masuk tempat baru bagi salam kepada orang muda kat sana buat la lagu. Itulah strategi saya.

caprice 5

Caprice bakal lancar lagu baharu bulan depan.

"Alhamdulillah saya tak terasa langsung, makin lama orang akan nampak apa kita buat sebenarnya dan kebenaran pasti akan terbuka,” ujarnya.

MV lagu Tiger of Al Quds dijangka boleh ditonton di laman YouTube pada 10 Oktober depan.

Sebulan sebelum dilancarkan, Caprice ada memuat naik beberapa sedutan MV lagu tersebut di laman Instagram miliknya.

Dalam perkongsiannya itu, Caprice bersama beberapa pemuda tempatan dilihat menaiki kenderaan berjenama mewah di padang pasir sambil memegang bendera Palestine.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain