suria

Isteri Tajul Ariff kini berhijab, padam foto lama tak tutup aurat - “Saya tak pernah rasa tenang macam ini”

Ica 1

PENAMPILAN terbaharu isteri kepada penyanyi Tajul Ariff iaitu Nurul Shamieza Eddie yang kini bertudung menarik perhatian netizen di laman sosial.

Mengakui berasa kekok pada mulanya, Nurul Shamieza atau lebih mesra disapa sebagai Ica bersyukur kerana sudah mendapat ketenangan yang dicari selama ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tajul timang anak kedua, kepala terkehel ditarik isteri semasa bersalin

Biarpun menerima banyak pujian dan sokongan, namun wanita berusia 25 tahun ini juga tidak terlepas daripada kecaman daripada netizen.

Tak apa, Ica anggap saja ujian nak berubah jadi lebih baik

NURUL SHAMIEZA

ISTERI TAJUL

"Mula-mula rasa kekok, tapi lama-lama Alhamdulillah... tak pernah rasa perasaan tenang macam ini. Akhirnya Ica dah dapat apa yang Ica cari selama ini.

"Ramai yang bagi semangat dan ada juga yang bagi kecaman-kecaman yang hebat. Tak apa, Ica anggap saja ujian nak berubah jadi lebih baik," katanya.

Nurul Shamieza turut berkongsi foto dia memakai baju kurung dan berhijab di laman Instagram.

Rata-rata netizen juga memuji Nurul Shamieza yang kelihatan lebih cantik selepas bertudung.

Ica 1

Tajul bersama isteri dan dua orang anak mereka.

Isteri penyanyi lagu Sedalam-Dalam Rindu itu mula mengenakan hijab sejak Ogos lalu selepas melahirkan cahaya mata kedua.

Malah, dia juga mengambil langkah memadam foto serta video lama yang tidak menutup aurat selepas penghijrahan tersebut.

Dalam pada itu, Nurul Shamieza turut berharap agar dirinya terus istiqamah selain mengharapkan doa daripada semua orang.

"Perlahan-perlahan tetapi pasti. Doakan Ica ok!" kata isteri Tajul.

Untuk rekod, Tajul mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shamieza tiga tahun lalu dan dikurniakan dua zuriat iaitu Adriana Carisa dan Adrian Rifqy.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain