suria

Ahmad Idham tinggalkan Finas kali kedua, dapat tawaran baharu bertaraf diplomat

Ahmad Idham menyatakan hasrat meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filam Nasional (Finas).

SETELAH 15 bulan menggalas jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri sekali lagi menamatkan kontraknya secara mengejut pada Khamis lalu.

Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid berkata, Ahli Lembaga Finas bersetuju melepaskan Ahmad Idham dan menyokong penuh perjalanan kerjayanya selepas ini.

"Sedih kerana terpaksa melepaskan ketua komandan, tentulah rasa kehilangannya. Kami berjuang bersama dalam membantu menggerakkan dan membangunkan industri seni kreatif pada era pandemik.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga bulan letak jawatan Ahmad Idham kembali jadi CEO Finas

"Terlalu banyak agenda dirancang dan dilaksanakan. Walaupun antaranya masih tertangguh dan baru hendak bermula disebabkan penularan serta peningkatan kes Covid-19," katanya seperti dilapor Berita Harian.

Menerusi laporan itu juga Ahmad Idham, 47, akan berpindah ke sebuah kementerian bertaraf diplomat yang boleh membuka ruang kepada industri kreatif melakukan anjakan lebih besar.

idham1

Ahmad Idham dikhabarkan akan beralih ke sebuah kementerian bertaraf diplomat.

Mengulas perkara itu Zakaria berkata, pihaknya gembira dan berharap Ahmad Idham dapat melaksanakan tugas baharu dengan baik.

"Dalam bersedih, kami tetap gembira dengan lonjakan kerjaya Ahmad Idham.

"Apa yang dilihat, ia membuka ruang lebih besar untuk Ahmad Idham mengembangkan industri kreatif ke peringkat global. Kami mengharapkan Ahmad Idham dapat melaksanakan tugasan baharu dengan lebih cemerlang.

Difahamkan, tugasan baharu Ahmad Idham masih berkaitan dunia seni, kreatif dan budaya.

Namun, tugasan lebih mencabar apabila membawa budaya, muzik dan filem ke mata dunia.

Ahmad Idham dilantik menjadi CEO Finas pada 14 Mac 2019, namun pengarah dan penerbit itu meletakkan jawatan pada 9 Disember 2019 iaitu belum setahun kontraknya sepatutnya tamat.

Bagaimanapun, pada 5 Jun 2020, Ahmad Idham kembali ke agensi itu selepas tiga bulan meletakkan jawatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ahmad Idham, letak jawatan, FINAS

Artikel Lain