BARU sahaja bebas daripada jangkitan Covid-19, Datin Eina Azman bimbang untuk kembali meneruskan penggambaran drama The Hotel yang terhenti sebelum ini akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagaimanapun, Eina, 26, berkata, dia tetap mengambil keputudan untuk meneruskan penggambaran itu berikutan tidak mahu menyusahkan pihak produksi. "Secara jujur saya bimbang bila nak kembali ke set penggambaran. Hati pun tak tenang sangat. ARTIKEL BERKAITAN: Eina Azman syukur suami dah balik rumah selepas 12 hari melawan Covid-19 - “Terima kasih bagi macam-macam tips untuk cuba sembuhkan dia” "Gembira dapat bekerja balik selepas beberapa bulan kita tak bekerja tapi dalam masa sama saya masih dalam ketakutan kerana baru sembuh daripada wabak ini. "Tapi disebabkan kerja... takkan saya nak biarkan pihak produksi tunggu saya," katanya kepada mStar. View this post on Instagram A post shared by Eina ditemui ketika sidang media drama The Hotel yang diadakan secara maya pada Ahad. Tambah Eina walaupun kembali terlibat dalam aktivti penggambaran dia amat menitikberatkan SOP demi keselamatan diri dan keluarganya. "Nak tak nak saya kena masuk set, tapi saya akan ambil langkah berjaga-jaga, kena jaga SOP dan pakai mask. Husband pun baru tiga hari bebas Covid-19. "Tapi untuk penggambaran ini saya yakin team produksi semua dah vaksin dan kita bekerja di satu tempat... tak ada yang keluar masuk," ujarnya. Sebelum ini, Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos lalu. Drama The Hotel akan mula ditayangkan menerusi platform Astro Ria bermula 15 September. Drama The Hotel akan mula ditayangkan menerusi platform Astro Ria bermula 15 September depan. Selain Eina, drama tersebut turut dibintangi pelakon popular Mira Filzah, MK K-Clique, Sean Lee dan ramai lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!