TIADA hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahiran ke-37 pelawak Shuib melainkan khabar gembira mengenai bayinya iaitu Ayash Affan yang masih berada dalam pemantauan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad melahirkan rasa syukur apabila dibenarkan untuk bertemu dengan anaknya di hospital buat pertama kali pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] 17 hari Siti Sarah pergi... anak-anak masih cari arwah ibu, Shuib hilang kata-kata - “Kalau tak ada jawapan... bagi air mata saja” "Alhamdulillah... di hari kelahiran, Allah hadiahkan berita gembira. Dah boleh ke hospital tengok Ayash Affan. Shuib berkongsi berita gembira itu di Instastory. "Ia akan jadi hari pertama melihat dan menyentuh Ayash Affan," luah Shuib menerusi Instastory miliknya. Menerusi laporan mStar pada 26 Ogos lalu, Shuib memberitahu bayinya sudah mula diberikan susu badan dan akan dibuka alat bantuan pernafasan dalam masa terdekat. Teruja untuk bertemu dengan bayi pramatangnya itu, Shuib memberitahu dia masih teringat kata-kata terakhir Allahyarham isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah. Anak yang akan menjadi kebanggaan you dunia dan akhirat. SHUIB PELAWAK Menurut ahli kumpulan lawak Sepahtu ini, dia akan melakukan yang terbaik untuk menjaga anak mereka seperti mana arwah isterinya mahukan. "Insya-Allah, Alhamdulillah hari ini jumpa Ayash Affan. Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali 'baby keempat ini you jaga dia tau. You jaga okay'. "Insya-Allah sayang. I akan jaga dia macam mana I jaga you sampailah dia jadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan you dunia dan akhirat. "Anak yang selalu dekat dengan Allah. Cuma I mohon you doakan I. Perjalanan I masih jauh. Doakan I selalu kuat. I love you sayang," katanya. Shuib bersama anak-anak. Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur akibat Covid-19. Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu. Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6. Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!