suria

Fieya Julia rela padam video ‘free hair’ di YouTube, tak rasa rugi pendapatan terjejas - “Duit daripada content lama pun saya dah dapat”

Fieya tidak pernah menyesal dengan keputusannya memadam video lama di YouTube.

SELEPAS mengambil keputusan untuk bertudung sejak Ogos lalu, penyanyi Fieya Julia turut memadam semua kandungan video lama di saluran YouTube miliknya.

Biarpun pendapatan terjejas selepas memadam video-video tersebut, namun Fieya atau nama sebenarnya Nur Syafiyah Sejali tidak pernah menyesal dengan keputusannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama pasang niat, akhirnya Fieya Julia nekad bertudung - “Gambar freehair dalam telefon pun saya delete tak mahu simpan”

Malah, penyanyi berusia 21 tahun ini lebih bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak video lagu cover dengan imej terbaharu untuk dimuat naik di platform berkenaan.

Fieya 1

Fieya membuang semua video lama dirinya tidak bertudung.

"Saya tak rasa rugi pun padam semua content di YouTube yang sebelum ini menjana pendapatan untuk saya. Saya boleh buat video baru dengan imej sekarang.

"Saya ada buat cover semua lagu dan muat naik semula di YouTube. Sejujurnya, pendapatan di YouTube tu memang akan kurang, tapi saya tak kisah.

"Akan datang nanti pun, saya akan buat lagi video cover lagu lain. Lagipun, duit daripada video sebelum ini pun saya dah dapat. Jadi tak terasa sangat apabila video tersebut dipadam," katanya kepada mStar.

Saya memang minta pengurus saya untuk padam semua video tersebut.

FIEYA JULIA

PENYANYI

Menerusi laporan mStar pada 15 Ogos lalu, Fieya mengakui dia sudah lama menyimpan hasrat mengenakan hijab dan perubahan itu atas kerelaan diri kerana mahu menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

Malah penyanyi lagu Perasaanku ini mendedahkan dia sudah memadam gambar-gambar lamanya di media sosial termasuklah dalam simpanan telefon bimbit.

Akui berasa lebih tenang dengan tindakan tersebut, Fieya juga berharap mana-mana platfrom lain yang mempunyai gambar atau video dia tidak menutup aurat dapat dipadamkan.

Fieya 2

Fieya tidak mahu menyimpan foto atau video dia tidak bertudung.

"Saya memang minta pengurus saya untuk padam semua video tersebut. Saya pun dah bepenampilan baharu, jadi mana-mana laman sosial saya yang ada content free hair, saya akan padam.

"Saya memang tak nak simpan sebab imej saya sekarang pun dah bertudung. Kalau dekat laman sosial orang lain itu, saya tak boleh buat apa tapi kalau boleh, saya minta padam la juga.

"Sebelum ini saya rasa tak selesa sebab tak padam video di YouTube tapi sekarang dah saya lebih berpuas hati gambar dan video lama sudah padam,"ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain