BUKAN sahaja penyanyi dan pelakon Nabila Razali, penyanyi Nana Sheme turut menerima nasib yang sama apabila akaun YouTube miliknya telah digodam pada malam, Ahad. Menurut Nana, 26, dia dimaklumkan oleh peminat dan rakan bahawa seorang warganegara asing menggunakan akaunnya untuk melakukan siaran langsung. ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali diuji lagi... hilang 400,000 ‘subscriber’ YouTube, peminat hairan MV lagu ‘Peluang Kedua’ tidak dijumpai ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa pakaian tradisional Iban digelar ‘kain buruk’... Nana Sheme tegur Ryzal Ibrahim, hentikan mentaliti ‘low class’! Pemilik nama Nur Nabilah Hashimi ini memberitahu dia dan pihak pengurusannya sehingga kini masih mencuba untuk mendapatkan semula akaun tersebut. Nana kongsi perkara itu di Instagram. "Malam tadi saya tak dapat tidur sebab dapat mesej daripada peminat dan kawan-kawan mengatakan akaun YouTube saya telah digodam oleh 'mat saleh'. "Tiba-tiba ada mat saleh buat live menggunakan saluran YouTube saya. Dari semalam saya cuba untuk dapatkan semula akaun saya. "Saya ada minta tolong pihak pengurusan saya juga. Mereka pun masih berusaha untuk dapatkan semula. Tapi tak tahu la, harapan macam tipis. "Ada dapat mesej daripada pihak YouTube mengatakan akaun saya itu sudah dibuang," kata Nana kepada mStar. Sejujurnya, memang saya agak sedih bila dapat tahu akaun YouTube saya sudah tiada. NANA SHEME PENYANYI Nana memuat naik status meluahkan rasa sedih apabila mengetahui saluran YouTube miliknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Terdahulu, mStar melaporkan Nabila Razali kehilangan 400,000 pengikut YouTube selepas digodam individu tidak bertanggungjawab pagi Isnin. Dalam pada itu, penyanyi lagu Hantu Atau Buaya ini berkata akaun tersebut bukan sahaja menyimpan kenangan namun ia mempunyai nilai sentimental kerana melibatkan arwah ibunya. Akaun YouTube Nana baru sahaja mencecah 100,000 pengikut. Biarpun masih bersedih dengan perkara itu, Nana tetap bersyukur kerana sempat menerima YouTube silver play button sempena mendapat jumlah 100,000 pengikut. "Sejujurnya, memang saya agak sedih bila dapat tahu akaun YouTube saya sudah tiada. Saya bermula dengan YouTube sejak 2011. 10 tahun... macam-macam kenangan ada. "Bukan hanya platfrom mencari rezeki tapi YouTube saya itu mempunyai nilai sentimental juga sebab ia melibatkan arwah ibu saya. "Walau bagaimanapun, saya bersyukur sebab saya dah dapat YouTube silver play button untuk 100,000 subscribers pada hari ini," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN! Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!