suria

Sibuk jaga anak di rumah... Sharnaaz pelik gosip putus dengan Azira, tengah ‘try’ Fify Azmi - “Banyak isu lain, jangan bebankan kepala netizen”

Sharnaaz dikaitkan dengan dua aktres iaitu Azira (kiri) dan Fify Azmi.

HUBUNGAN pelakon Sharnaaz Ahmad dengan ahli kumpulan DeFam Azira Shafinaz tiba-tiba dikatakan sudah berakhir biarpun sebelum ini mereka tidak pernah mengaku bercinta.

Enggan membiarkan spekulasi itu terus diperkatakan, Sharnaaz tampil menegaskan dia tidak mempunyai masa untuk bercinta sebaliknya hanya sibuk menjaga anak di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Gosip cinta Sharnaaz dan Azira Shafinaz makin panas... Shukri Yahaya syak dah masuk ‘first stage’

"Memandai saja putus la, try la, mengorat la... aku elok saja hari-hari duduk rumah jaga anak waktu mana yang mengorat dan try ini?

"Ke ada yang aku sendiri tak ingat?" tulis Sharnaaz secara berseloroh menerusi laman Instastory miliknya.

Sharnaaz 2Sharnaaz dikatakan sedang memikat akres Fify Azmi.

Sharnaaz berkata demikian bagi memberi respons terhadap laporan sebuah blog mendakwa dia kini sedang mendekati pelakon baharu Fify Azmi.

Spekulasi itu timbul gara-gara sesi IG Live aktor itu dengan pelakon Shukri Yahaya pada minggu lalu.

Sesi IG live itu menjadi perhatian apabila Sharnaaz dikatakan sedang memikat seorang aktres dan rata-rata netizen mula meneka wanita itu adalah Fify Azmi.

Lagipun isu ini sangat remeh nak bebankan kepala netizen.

SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

Pada Jun lalu, aktor berusia 36 tahun itu digosipkan sedang bercinta dengan Azira selepas mereka sering berbalas komen di Instagram.

Dalam pada itu, Sharnaaz ketika dihubungi mStar berkata dia menganggap gosip tersebut sekadar perkara remeh dan tidak perlu diperbesarkan.

"Saya tak kisah pun... biarlah, tulislah apa nak tulis. Orang tak tulis, orang tak ingat dekat kita. Mereka tulis sebab mereka sayang kat kita la tu.

Sharnaaz 1Sharnaaz tetap utamakan anaknya, Jebat Jayden.

"Rasanya dah memang umum tahu saya lebih utamakan anak berbanding perkara lain. Lagipun isu ini sangat remeh nak bebankan kepala netizen.

"Banyak lagi benda mereka nak fikir. Nak cuti ke Langkawi kena swab, nak dine in kena cukup 14 hari... setakat kisah saya ini kes terpencil saja," ujarnya.

Sementara itu, pelakon filem Jebat itu memberitahu dia menganggap semua kawan wanita dan lelaki adalah istimewa baginya.

"Bagi saya, semua kawan-kawan perempuan dan lelaki saya special," kata Sharnaaz secara ringkas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain