suria

Cyst dalam perut membengkak sehingga 11cm, tiga bulan ibu Syafiq Farhain tanggung derita - “Ketika dapat tahu sebesar 6cm”

TIGA bulan mengadu sakit perut, ibu kepada penyanyi Syafiq Farhain iaitu Napisah Muhammad disahkan mempunyai ketumbuhan cyst dalam perut.

Bagaimanapun, Syafiq, 27, bersyukur ibunya yang berusia 56 tahun itu selamat menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Hospital, Kuala Terengganu pada pagi Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN : Pernah habiskan masa 10 jam main PUBG, Syafiq Farhain ‘support’ kaki game - “Ramai raih pendapatan, takkan nak kata buang masa?”

"Tiga bulan lepas ibu mula rasa sakit perut, lenguh-lenguh badan... ketika itu sudah buat pemeriksaan di klinik swasta, tapi doktor beritahu tidak ada apa yang serius.

"Bagaimanapun, ibu masih rasa sakit dan kami buat keputusan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.

"Ketika itu baru kami dapat tahu, dalam perut ibu ada ketumbuhan cyst sebesar enam sentimeter dan semalam sebelum dibedah cyst dah membesar ke 11 sentimeter," katanya kepada mStar.


Anak kepada penyanyi Allahyarham Saleem Iklim ini berkata,, ibunya bimbang dan terlalu banyak berfikir sebelum menjalani pembedahan.

Semalam sebelum dibedah cyst dah membesar ke 11 sentimeter.

SYAFIQ FARHAIN

PENYANYI



Penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Maafkan Aku ini berkata, dia juga bersyukur apabila dapat bertemu ibunya baru-baru ini.

"Saya harap ibu kuat... sebab dia seorang yang suka berfikir. Kadang-kadang dia suka termenung mungkin sebab ibu tidak pernah ada sakit lain. Jadi apabila dapat tahu ada ketumbuhan ini dia agak bimbang sedikit.


"Alhamdulillah, saya dapat jumpa ibu sebelum dia masuk wad dan hari ini saya berdoa dari jauh. Pagi tadi juga kami sekeluarga sempat adakan bacaan Yaasin untuk ibu.

"Saya harap peminat juga dapat doakan semoga urusan ibu saya dipermudahkan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain