suria

Vida makin ‘hot’, Roslan Shah pula mimpi naik pelamin- “Saya terus hubungi dia pukul dua pagi... Iqbal pun saya hantar mesej”

Roslan menjelaskan kedaan sebenar kepada DSV dan Iqbal bagi mengelakkan kedua-duanya berkecil hati dengan isu yang tular itu.

SELEPAS berkongsi tentang mimpinya mengahwini Datuk Seri Vida, penyanyi dan pengacara Roslan Shah meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila dia dikecam netizen dengan pebagai kata-kata negatif.

Roslan, 51, berkata, tindakan yang dilakukan itu hanya sekadar perkongsian umum tanpa sebarang niat untuk menganggu hubungan usahawan itu dengan bekas pembantu peribadi (PA) Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli.

ARTIKEL BERKAITAN : “Mak... kenapa tak tunggu Lan mak?” Ibu Roslan Shah meninggal dunia, terkilan tak sempat jumpa buat kali terakhir

ARTIKEL BERKAITAN : “Terima kasih Ifa Raziah” - Roslan Shah

Enggan terjadi salah faham, selebriti yang berasal dari Singapura itu berkata, dia segera menghubungi usahawan kosmetik itu bagi menjelaskan situasi sebenar.

"Sejak akhir-akhir ini banyak cerita tentang Datuk Vida keluar di media sosial... sebelum tidur pun apabila tengok media sosial ada sahaja kisah mereka. Jadi mungkin pembacaan saya itu terbawa-bawa sehingga masuk dalam mimpi.

"Saya pun tak ada niat apa-apa cuma mahu berkongsi kisah mimpi itu dengan pengikut saya di media sosial. Tak sangka pula jadi lain.

"Saya dengan Datuk Vida memang sudah berkawan lama dan saya sangat menghormati beliau. Saya terus hubungi Datuk Seri Vida pukul dua pagi dan Iqbal pun saya DM sebab tak mahu mereka berkecil hati," katanya kepada mStar.

Pada Selasa, Roslan memuat naik posting berkongsi kisah mimpinya mengahwini Vida dengan persetujuan dua orang anak Vida iaitu Cik B dan Kacak.

Menerusi perkongsian itu, dia menerima kecaman netizen yang menganggapnya cuba untuk mencari publisiti murahan.

Malah, Roslan yang menghubungi Iqbal berasa kecil hati dengan mesej peribadi pemuda itu yang dianggap seolah-olah cuba memperkecilkan dirinya.

Saya terus hubungi Datuk Seri Vida pukul dua pagi dan Iqbal pun saya DM sebab tak mahu mereka berkecil hati,

ROSLAN SHAH

PENYANYI

“Saya langsung tak terasa sekurang-kurangnya ada hiburan saya dan netizen. Saya tahu Cik Lan orang baik hati setiap kali kita jumpa.

“Di saat saya sedih ni Cik Lan cubalah pujuk DSV untuk nikah dengan Cik Lan. Anak-anak mereka mahu orang lebih dewasa,” ujar Iqbal menerusi mesej berkenaan.

Roslan berkata, dia akan menghubungi Iqbal kembali bagi meminta penjelasan maksud sebenar mesej tersebut.

157097987_164636972116641_2948319607359737241_n

Roslan berkata kini dia sedang sibuk mengsahakan perniagaan makanan di Singapura.

Sementara itu, ditanya tentang kritikan netizen yang mendakwa dia sengaja membuat posting tersebut untuk mendapatkan publisiti murahan, Roslan menegaskan dia tidak ada kepentingan untuk berbuat demikian.

"Kalau betul saya nak publisiti atau buat marketing, seminggu lalu ketika kisah ini hangat saya sudah buat cerita ini,” ujarnya.

Minggu lalu, hangat diperkatakan tentang hubungan cinta antara Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 49, dengan Iqbal, 27, yang mendapat tentangan daripada anak-anak usahawan itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain