suria

Andi Bernadee sedih duit bayaran drama Perisik Cinta Tak Diundang dah kena 'songlap' kawan baik - “Saya belum dapat balik... mungkin bukan rezeki”

Andi belajar daripada kesilapan mudah percaya orang.

PENYANYI Andi Bernadee mendedahkan wang sebanyak RM70,000 yang didakwa diambil rakan baiknya ialah hasil bayaran untuk drama Perisik Cinta Tak Diundang.

Bagaimanapun, Andi atau nama sebenarnya, Andi Azrul Andi Mapangile, berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan polis dan dia bakal dibicarakan di mahkamah tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Andi Bernadee dianiaya kawan baik, kerugian RM70,000 - “Saya terpaksa tipu mak, kata duit hilang”

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Hasan dituduh songlap duit Andi Bernadee, kecewa nama kena ‘petik’ - “Sedih netizen caci arwah bapa”

"Buat masa sekarang kes masih dalam peringkat siasatan dan belum ke mahkamah tapi tinggal satu peringkat saja barulah akan ke mahkamah.

"Sehingga kini saya belum terima lagi duit yang dia sudah ambil. Duit yang dia ambil itu merupakan bayaran untuk drama Perisik Cinta Tak Diundang.

"Hasil titik peluh saya bekerja dari awal tahun." katanya kepada mStar.

Andi 1

Andi bersama peguamnya, Faizal Rahman.

Menerusi laporan mStar pada 25 Ogos lalu, Andi mendakwa ditipu rakan baik yang juga pembantu peribadinya sehingga melibatkan kerugian sebanyak RM70,000.

Susulan itu, penyanyi dan pelakon berusia 30 tahun itu membuat laporan di Ibu Pejabat Balai Polis (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Tapi saya bersyukur juga benda ini terjadi kepada saya.

ANDI BERNADEE

PENYANYI

Dakwa Andi individu tersebut menggunakan aplikasi WhatsApp miliknya untuk berkomunikasi berkaitan urusan kerja yang melibatkan transaksi bayaran.

Dalam pada itu, Andi bersyukur perkara yang berlaku itu memberi pengajaran buat dirinya dan mempunyai hikmah tersembunyi.

"Tapi saya percaya satu benda... mungkin bukan rezeki saya dan duit boleh cari. Tapi saya bersyukur juga benda ini terjadi kepada saya.

"Sekurang-kurangnya saya nampak benda ini awal sebelum saya terima tawaran dengan bayaran yang lebih besar," ujarnya.

Andi 2

Andi akui mudah percaya dan simpati dengan orang.

Sementara itu, penyanyi lagu Kais Pagi Kais Petang itu menganggap apa yang berlaku merupakan kesalahannya sendiri yang terlalu mudah mempercayai orang.

"Apabila jadi macam ini, saya salahkan diri saya dahulu sebab terlalu mudah kesian dan percaya dekat orang.

"Sebab cara saya kenal dia pun berdasarkan simpati saya sebab dia anak yatim tapi tak sangka dia ambil kesempatan terhadap saya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain