suria

Bayi dua bulan Nazrief Nazri positif Covid-19, pelik tak keluar rumah hanya pergi ‘check up’ di hospital - “Tekak dia macam berkahak sikit”

Nazrief menasihati ibu bapa urus sendiri anak-anak semasa di kawasan berisiko tinggi,

BARU berusia dua bulan, anak sulung kepada pelakon Nazrief Nazri yang dipanggil Noah disahkan positif Covid-19 pada Khamis.

Terkejut menerima keputusan itu, Nazrief, 30, memberitahu dia sendiri tidak mengetahui punca bayinya itu dijangkiti virus berkenaan.

"Memang kita orang tak pernah bawa Noah keluar pergi mana-mana, hanya dalam kawasan rumah sahaja... lebih-lebih lagi saya dengan isteri memang menjaga prosedur operasi standard (SOP).

ARTIKEL BERKAITAN: Nazrief Nazri ikut cakap orang tua-tua, tak kongsi wajah dan nama anak... bimbang penyakit ain - “Cukuplah kami panggil baby Noah di laman sosial”

ARTIKEL BERKAITAN: Nazrief Nazri bengang individu tanya status halal makanan pantang isteri - “Takkan saya tak tahu hukum... fikir dulu sebelum komen”

"Baby pun tak pernah jumpa sesiapa kecuali staf hospital semasa buat check up (pemeriksaan) dan semasa berpantang dahulu sahaja.

nazrief 2

Nazrief sedih bayi lelaki disahkan positif Covid-19.

"Saya bukan nak menuduh atau menyalahkan sesiapa... tetapi baby kami memang tak jumpa orang, hairan juga sebab kami hanya ke hospital sahaja," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, pelakon drama Bidadari Salju ini memaklumkan anaknya hanya mengalami simptom ringan dan berada dalam keadaan baik, manakala dia dan isteri pula disahkan negatif virus berkenaan.

Nasihat saya kalau bawa baby pergi check up jangan bagi orang lain atau jururawat sesuka hati sentuh!

NAZRIEF NAZRI

PELAKON

"Buat masa ini Noah baik-baik sahaja, dia tak ada meragam atau menangis... cuma tekak dia macam berkahak sikit.

"Keputusan ujian saringan saya dan isteri pula negatif. Sekarang ini kami bertiga sedang menjalani kuarantin di rumah sehingga 30 September ini," katanya yang turut memaklumkan sudah menerima vaksin lengkap.

nazrief 1

Luahan isteri di Instastory.

Sementara itu, Nazrief menasihati ibu bapa supaya peka dengan keadaan sekeliling terutamanya ketika berada di kawasan berisiko tinggi.

Malah, dia menyarankan agar ibu bapa menguruskan sendiri bayi mereka semasa mendapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik.

nazrief 3

Nazrief dan isteri negatif Covid-19.

"Nasihat saya kalau bawa baby pergi check up jangan bagi orang lain atau jururawat sesuka hati sentuh. Kalau nak timbang berat anak ke baik awak pegang sendiri.

"Sebab kita pun tak tahu jika mereka ada pegang orang lain sebelum itu... lebih baik kita sendiri uruskan baby. Lagi satu jangan semudah itu bagi sesiapa pegang bayi kita," katanya.

Nazrief, 29, dan Aziatul Aqma berkahwin pada 15 November 2019 di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Pasangan ini menimang cahaya mata sulung mereka pada 19 Julai lalu di sebuah pusat perubatan di Putrajaya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain