suria

Hafiz Hamidun tak fokus cari cinta, ‘plan’ bersara cecah usia 40 tahun - “Saya nak kurang aktiviti seni... mahu buat amal kebajikan”

Hafiz Hamidun tiada perancangan untuk menamatkan zaman duda dalam masa terdekat.

MENCECAH usia 37 tahun pada Rabu, komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun tidak berasa kekurangan tanpa kehadiran pasangan hidup.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun berkata, dia tiada perancangan untuk menamatkan zaman duda dalam masa terdekat dan hanya mahu memberi tumpuan terhadap kerjaya seninya.

"Sekarang ni Alhamdulillah banyak benda saya dah capai, banyak saya dah nikmati, banyak cita-cita dah terlaksana.

ARTIKEL BERKAITAN: Kini bergelar jutawan, Hafiz Hamidun pernah lalui fasa kesusahan - “Kereta kena tarik, makan mi segera sebab tiada duit”

"Saya tak mahu menjadikan benda yang tak lengkap itu sebagai satu kekurangan. Mungkin pada usia sekarang orang lain fokus kehidupan berkeluarga.

"Bagi diri saya banyak benda yang Allah dah bagi, so nak cakap fasal yang tak dapat lagi tu mungkin InsyaAllah akan datang pada masanya," katanya kepada mStar.

Ujar Hafiz, selain fokus kepada kerjaya seni, dia juga memberi perhatian lebih kepada anak angkat dan ibu bapanya.

Dia bersyukur sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia dapat meluangkan banyak masa bersama ibu bapa.

"Saya belum ada plan lagi nak berkeluarga sebab fokus dengan family sendiri dengan anak.

Saya belum ada plan lagi nak berkeluarga sebab fokus dengan family sendiri dengan anak.

HAFIZ HAMIDUN

PENYANYI

"Saya ada ibu bapa yang semakin berusia... dulu saya tak banyak luangkan masa dengan mak saya, sibuk dengan belajar dan kerja.

"Tapi kebetulan masa PKP saya habiskan banyak masa duduk rumah dengan mak ayah. Saya tak nak terlepas peluang bersama mak ayah,” ujarnya.

Hafiz pernah berkahwin dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017, namun bercerai dengan talak selepas lima bulan mereka mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, Hafiz berkata, dia juga merancang untuk bersara pada usia memasuki 40 tahun.

Katanya, dia kini sudah mengurangkan aktiviti seni dan persembahan melibatkan hiburan secara perlahan-lahan.

240630624_428040151961581_2185738370383132520_n (1)

Hafiz kini fokus kepada kehidupannya.

Hafiz berkata, dalam usia kini dia ingin banyak melakukan amal ibadah dan membantu orang ramai.

"Kalau boleh masuk umur 40 tahun saya nak bersara awal. Sekarang ni pun saya dah mula slow down tak macam dulu.

"Mungkin saya akan mulakan untuk tidak buat persembahan, saya mulakan satu persatu. Kalau tidak sepenuhya, mungkin kurangkan 50 peratus aktiviti seni.

"Kemudian saya nak fokuskan kepada benda-benda kebajikan sebab saya seronok lihat ramai kawan lain banyak bantu orang," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain