suria

Dapat ‘offer’ jadi mak janda, Fieya Julia tolak watak pelik-pelik - “Saya masih muda… kalau boleh nak elak benda itu”

Fieya dedah pernah disangka seorang janda sebelum ini.

SELAIN bergelar penyanyi, Fieya Julia memberitahu dia sudah bersedia untuk mengembangkan lagi karier seninya dengan mencuba bidang lakonan.

Pernah menerima beberapa tawaran lakonan sebelum ini, Fieya, 22, bagaimanapun berkata dia terpaksa menolak peluang itu kerana watak yang diberikan kurang sesuai dengannya yang masih muda.

"Fieya tak mahu jadi penyanyi saja, kalau boleh nak cuba pelbagai bidang. Kalau diberi tawaran berlakon teringin nak berlakon dalam cerita budak-budak sekolah menengah. Kalau boleh Fieya nak cuba berlakon untuk tayangan di YouTube dahulu, nanti orang boleh tengok hasilnya sesuai ke jadi pelakon.

ARTIKEL BERKAITAN: Fieya Julia rela padam video ‘free hair’ di YouTube, tak rasa rugi pendapatan terjejas - “Duit daripada content lama pun saya dah dapat”

ARTIKEL BERKAITAN: Lama pasang niat, akhirnya Fieya Julia nekad bertudung - “Gambar freehair dalam telefon pun saya delete tak mahu simpan”

"Sebelum ini saya pernah dapat tawaran berlakon tapi watak janda, Fieya tak nak! Ada juga yang tawar berlakon dalam drama, cuma Fieya agak memilih kerana tak nak watak yang pelik-pelik sebab masih muda. Sekarang ini Fieya tak berlakon pun ramai yang ingat Fieya janda... kalau boleh nak elakkan benda tu.

fieya 1

Fieya lebih tenang selepas tampil dengan imej berhijab.

"Jadi Fieya sedia untuk lakonkan watak yang sesuai... malah Fieya bersedia menerima komen orang ramai, kalau masih banyak benda yang kurang kita kena belajarlah," katanya kepada mStar.

Sementara itu, penyanyi lagu Perasaanku ini berkata dia pernah disangka oleh peminat sudah tidak aktif menyanyi hanya kerana memberikan tumpuan kepada permainan atas talian (live streaming).

"Apabila orang nampak Fieya selalu buat live stream, ada yang ingat Fieya sudah berhenti jadi penyanyi... sebenarnya Fieya masih lagi menyanyi tapi dalam waktu sama jadi streamer.

Masa cipta lagu tu Fieya tengah layan perasaan... melodi lagu pun dapat daripada mimpi, agak pelik kan?

FIEYA JULIA

PENYANYI

"Itu hanya sebagai side income, nyanyian masih kerjaya utama... sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun lalu, Fieya akui buntu sebab selama ini hanya mengharapkan duit persembahan sahaja untuk tanggung diri di Kuala Lumpur jadi bermula sejak itu Fieya cuba cara lain untuk cari pendapatan.

"Sekarang ini boleh dikatakan Fieya adalah streamer sepenuh masa, setiap hari Fieya akan buat streaming, main game dekat Facebook untuk cari income. Sekarang ini income bulanan Fieya datang daripada FB dengan buat live streaming serta main permainan video pada waktu malam," ujarnya.

fieya 2

Fieya utamakan karier nyanyian dan sedang mempromosikan single Halusinasi.

Dalam perkembangan lain, Fieya kini sedang giat mempromosikan lagu terbaharunya berjudul Halusinasi.

Bercakap mengenai Halusinasi, Fieya berkata lagu itu berkisahkan tentang perasaannya ketika ia dicipta pada Ogos 2020.

"Masa cipta lagu tu Fieya tengah layan perasaan... melodi lagu pun dapat daripada mimpi, agak pelik kan? Fieya bangun daripada tidur dan terus rekod melodi yang dapat dalam mimpi itu dan ubah-ubah sikit sehinggalah jadi lagu Halusinasi.

JOM LAYAN LAGU HALUSINASI!

"Sebenarnya, lagu ini Fieya ceritakan tentang diri sendiri. Waktu muda ni, kita sering salah anggap cara orang layan kita. Dalam hati mesti tertanya-tanya, dia ni layan lebih, suka kat aku ke atau sebaliknya?

"Lagu ini sebenarnya kisah kita terjatuh cinta dengan kawan sendiri, padahal kita tahu dia adalah kawan kita sendiri dan kita pula letak harapan," katanya.

Halusinasi ciptaan sepenuhnya oleh Fieya itu boleh didengari di semua platform digital dan saluran YouTube Aries Music sejak 27 Ogos lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO FIEYA JULIA INI!

Artikel Lain