suria

Foto tak berbaju, Namron sindir stesen TV ambil pelakon 1 juta ‘follower’ - “Saya nak kerja dengan yang berbakat... bukan sekadar popular!”

Namron memuat naik foto separa bogel di Instagram.

TINDAKAN pelakon Namron memuat naik foto tidak berbaju di laman Instagarm miliknya baru-baru ini hanyalah respons terhadap kenyataan berhubung syarat stesen TV.

Tidak setuju stesen TV hanya ambil pelakon mempunyai jumlah pengikut tinggi di Instagram, Namron atau Shahili Abdan, 52, berkata syarat itu akan mendatangkan keburukan kepada industri seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga bulan tak kerja, Namron harap kerajaan benar semua penggambaran bukan hanya yang tertangguh - “Kami pun nak cari makan”

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah jadi pelaris ubat kuat... Namron beri amaran peniaga tak beretika - “Ada yang gelakkan saya dan pandang negatif”

"Posting saya itu sebagai respons terhadap kenyataan mengenai stesen TV meletakkan syarat pengambilan pelakon yang memiliki pengikut sejuta di IG.

Namron 1

Perkongsian Namron di Instagram mendapat perhatian netizen dan rakan selebriti.

"Saya memang tak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Kalau bukan bakat yang dipilih tapi pengikut, memang lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

"Syarat itu akan membuatkan semua orang cetuskan kontroversi dengan melakukan perkara mengarut untuk mendapatkan pengikut.

"Ia akan memberi kesan yang buruk kepada industri kita. Sebab itu saya memang tak setuju dengan syarat tersebut," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, pemilik Zeel Productions iaitu Haji Zeel mendedahkan terdapat stesen TV meletakkan syarat pengambilan pelakon yang memiliki sejuta pengikut di Instagram sebagai watak utama.

Karya yang bagus dengan pelakon berbakat itu yang penting.

NAMRON

PELAKON

Ekoran itu, Namron tampil dengan cara sarkastiknya menyahut cabaran sebuah stesen televisyen dan segelintir penerbit berkongsi foto tanpa baju di media sosial Instagram.

Namron secara sinis memberitahu dirinya memerlukan sekurang-kurangnya sejuta pengikut di platform berkenaan bagi melayakkan dirinya menerima tawaran berlakon.

Dalam pada itu, Namron menjelaskan perkongsian itu bukan bermaksud dia tidak mempunyai sebarang tawaran sebaliknya hanya menyuarakan bagi pihak pelakon baharu yang berbakat besar.

Namron 2

Namron mahu bekerja dengan pelakon berbakat bukan hanya popular di laman sosial.

"Jangan salah faham, saya muat naik posting itu bukan bermaksud saya tiada 'job'. Alhamdulillah, job saya berterusan sehingga tahun hadapan.

"Saya cakap lebih kepada pelakon-pelakon baharu nak menapak dalam industri dan yang berbakat tapi tak diberi peluang sebab pengikut di laman sosial tak ramai.

"Sudah tentu, saya sebagai pengarah, nak bekerja dengan pelakon berbakat bukan hanya sekadar popular. Karya yang bagus dengan pelakon berbakat itu yang penting.

"Sebagai contoh saya sendiri, walaupun pengikut saya tak ramai, tapi ke mana-mana saya pergi tetap orang kenal juga," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain