IBU kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh iaitu Sabariah Arshad meninggal dunia akibat serangan asma dan komplikasi pelbagai penyakit kira-kira pukul 11.54 di Hospital Selayang, pada malam Khamis Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, berkongsi berita duka itu menerusi Instagram dan meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan ibunya. ARTIKEL BERKAITAN: Abam Bocey meninggal dunia akibat demam panas ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Ali Puteh dikejarkan ke hospital kerana serangan asma, mohon doa orang ramai - “Emak ditidurkan dan guna alat bantuan pernafasan” “Assalamualaikum, mak saya telah pergi mengadap ilahi. Doakan mak saya ya semua. Mak jumpa abang di sana,” tulisnya. Ali meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan arwah ibunya. Difahamkan Allahyarham Sabariah dimasukkan ke hospital pada Selasa lalu akibat serangan asma. Jenazah akan dimandikan di Masjid Gombak Utara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Pasu, Gombak sebelum solat Jumaat. Untuk rekod, pelawak Abam Bocey meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!