suria

Uyaina Arshad sedih terlepas peluang bergandingan dengan Paknil, jadual terganggu gara-gara PKP

Uyaina sedih terpaksa tolak tawaran besar disebabkan jadual penuh.

BERSYUKUR aktiviti penggambaran sudah dibenarkan, pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui dia terpaksa menolak tawaran besar disebabkan jadualnya terganggu akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 28, tawaran tersebut merupakan peluang bergandingan bersama pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi atau Paknil dalam sebuah program.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna lagu unsur lucah dalam video, Uyaina Arshad akui tak fahami lirik - “Saya ingat bukan bahasa Inggeris”

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad terpaksa pakai baju berlapis-lapis, 18 pasang sarung tangan untuk jadi wanita aneh - “Bergaya seperti itu di luar, mungkin tidak!”

"Alhamdulillah... aktiviti seni sudah boleh dilakukan dan saya pun akan masuk semula ke set penggambaran drama tidak lama lagi.

Uyaina 1

Uyaina teruja dapat kembali ke set penggambaran pada Oktober.

"Sejujurnya, jadual saya agak terganggu disebabkan PKP. Ada tawaran besar saya terpaksa tolak dan saya memang sedih sangat sebab ia peluang untuk saya.

"Sepatutnya saya dapat bergandingan dengan Paknil untuk sebuah program. Tapi malangnya, tak dapat nak lakukan sebab jadual," katanya kepada mStar.

Uyaina ditemui di gerai makanan King's Eye di Masok Food Court, Kampung Baru yang menjual masakan seperti 'chicken chop' dan pelbagai jenis spaghetti pada Rabu.

Uyaina bakal memasuki set penggambaran sebuah drama bersiri berjudul Kau Cipta Kasih bergandingan dengan Nazim Othman yang bakal menghiasi slot Samarinda TV3 pada Oktober.

Bisnes ini dijalankan bukanlah sebab kami nak melangkah ke fasa seterusnya.

UYAINA ARSHAD

PELAKON

Dalam pada itu, juara pencarian Nona Manis 2015 ini turut berkongsi mengenai gerai makan yang diusahakan bersama kekasihnya iaitu penyanyi Raja Syahiran.

Belum mempunyai perancangan membawa hubungan ke fasa seterusnya, Uyaina menjelaskan mereka mengusahakan perniagaan bersama bagi membantu orang lain menjana pendapatan.

"Awalnya, saya tak terfikir pun nak meniaga tapi kami mempunyai rakan dan sepupu yang ingin menjalankan perniagaan ini bersama-sama.

Uyaina 2

Uyaina bersama kekasihnya dan pekerja di gerai makanan mereka.

"Mereka mempunyai pengalaman dalam bisnes makanan, jadi kami terfikir apa salahnya jika kami bergabung dengan mereka dalam menjalankan perniagaan

"Bisnes ini dijalankan bukanlah sebab kami nak melangkah ke fasa seterusnya. Niat kami memang nak bantu orang.

"Tapi, saya dan Syahiran akui semenjak kami mula berniaga, kami banyak belajar mengenai dunia perniagaan yang cuba bangkit dari pandemik," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain