suria

Bapa Sherie Merlis meninggal dunia akibat serangan jantung - “Abah meninggal dalam tidur”

Bapa Sherie Merlis meninggal dunia akibat serangan jantung.

SELEPAS tular cerita ahli keluarga positif Covid-19, pelakon Sherie Merlis diuji pula dengan pemergian bapa iaitu Wan Zainal Abidin Wan Kassim pada pagi Jumaat.

Menurut Sherie bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 9.30 pagi di sebuah hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Nak marah saya, marahlah... saya dah buntu” - Sherie Merlis bimbang keselamatan ibu bapa, adik positif Covid-19 masih kuarantin di rumah

Sherie atau nama sebenarnya Sharifah Saadah Wan Zainal, 49, berkata bapanya dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit di bahagian dada.

"Abah saya kembali ke rahmatullah setelah mengalami serangan jantung.

"Pukul 5 pagi tadi adik saya bawa abah pergi hospital apabila dia mengadu sakit dada," katanya menerusi mesej yang dikongsikan kepada media.

Ujar Sherie lagi, bapanya pergi dalam keadaan tenang ketika tidur.

"Sejam sebelum dia meninggal doktor beritahu abah okey, dah stabil.

"Abah disahkan meninggal dalam tidur. Doktor cakap semua sistem dia collapse dan mereka beri bantuan pernafasan kecemasan (CPR) selama 15 minit," ujarnya.

Terdahulu, Sherie memaklumkan bapanya uzur dan menghidap penyakit jantung kronik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain