suria

Elak sikap riyak dan nak menang punca Zukie tarik diri kategori YouTuber Popular di ABPBH34 - “Kalau boleh sekarang nak ke arah akhirat”

Zukie tolak untuk bertanding di ABPBH34.

ENGGAN timbul perasaan riyak dalam diri menjadi punca personaliti YouTube Zukie Mohamad membuat keputusan menarik diri dari pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH34).

Zukie atau nama sebenarnya Zulkifli Muhammad berkata, pertandingan sebegitu bukanlah objektif utama dia sebagai pencipta kandungan (content creator).

ARTIKEL BERKAITAN: Undian awal Zul Ariffin, Remy Ishak, Zizan Razak terbatal gara-gara tarik diri, nama tiada dalam Top5 ABPH34

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Zul Ariffin, Remy Ishak... kali ini Zizan Razak pula umum tarik diri ABPBH - “Saya akan sokong dari luar gelanggang”

"Bila saya dapat tahu nama tercalon, saya berbincang dengan isteri dahulu dan muhasabah diri. Terfikir juga kenapa saya tercalon.

zukie 1

Zukie turut menjelaskan perkara itu di Instagram.

"Keutamaan saya ialah mencari rezeki untuk keluarga dan bantu pekerja dan talent saya

"Kalau boleh sekarang nak ke arah akhirat. Saya nak elak daripada sikap riyak dan takut kalau masuk bertanding akan timbul sifat nak menang," ujarnya.

Selain Zukie, tiga selebriti terkenal iaitu Zul Ariffin, Remy Ishak, Zizak Razak menarik diri daripada pencalonan awal tidak akan disenarai dalam Top5 ABPBH34.

Saya nak elak daripada sikap riyak dan takut kalau masuk bertanding, ada timbul sifat nak menang.

ZUKIE

YOUTUBER

Terdahulu, Pengarah Jawatankuasa Pengelola ABPBH 34 merangkap Pengarang Hiburan Berita Harian (BH), Shamshul Azree Samshir berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai penarikan diri tersebut dan menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

Zukie yang mempunyai 1.6 juta 'subscribers' tersenarai dalam pencalonan awal bagi kategori Artis YouTuber Popular bersama Alieff Irfan, Syahmi Sazli, Azfar Heri dan Alyssa Dezek.

zukie

Zukie mempunyai 1.66 juta pengikut di YouTube.

Sementara itu, YouTuber berusia 29 tahun ini berkata, enam tahun dalam dunia itu membuatkan dia berasa sudah tidak sesuai untuk bertanding.

"Saya rasa dah tak sesuai untuk masuk dalam mana-mana anugerah, bukan sebab rasa diri terlalu tinggi tapi ada orang yang lebih layak.

"Saya pun sudah enam tahun dalam dunia YouTube dan ramai lagi pelapis-pelapis baharu yang lebih layak untuk bertanding," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain