suria

Caprice sangka kena heart attack, strok… Syukur ambulans cepat - “Saya sedar, tak boleh bercakap dengan betul dan ia sangat menakutkan”

Caprice kini menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan.

PENYANYI rap Caprice berkongsi detik cemas apabila dia diserang sakit dada selepas bangun daripada tidur sekitar pukul 8 pagi, Isnin.

Caprice menerusi Instastory memberitahu kesakitan yang dialami berbeza ketika dia berada di Jordan dan Kuala Lumpur sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice akhirnya ‘nampak’ jalan pulang, berangkat tinggalkan bumi Jordan

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice ambil ubat tidur, pendam rasa sakit misi jihad dicabar - “Kemungkinan besar, tak dapat masuk ke Gaza”

Jelas Caprice keadaan semakin panik apabila dia berdepan kesukaran untuk bercakap dan seakan-akan alami serangan jantung dan separuh badannya diserang strok.

Caprice 1

Caprice dikejarkan ke hospital pada pagi, Isnin.

"Saya bangun pagi tadi secara tiba-tiba sakit dada. Sakit yang berbeza ketika saya kena di Jordan dan KL sebelum ini.

"Agak lama... separuh badan saya seperti diserang strok dan serangan jantung. Saya jadi panik dan hubungi ambulans.

"Saya sedar, saya tak boleh bercakap dengan betul dan ia sangat menakutkan. Alhamdulillah, mereka sampai tepat waktunya," kata Caprice.

No wonder selama ini susah nak tidur, anxienty dan sesak nafas.

CAPRICE

PENYANYI RAP

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli yang dirawat di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur turut berkongsi video dalam ambulans.

Untuk rekod, Caprice baharu sahaja pulang ke Malaysia selepas lebih dua bulan berada di Mesir dan Jordan untuk misi bantuan.

Dalam pada itu, Caprice dimaklumkan oleh doktor bahawa dia mempunyai penyakit Hipertiroid selepas menjalani ujian darah.

Caprice 2

Caprice berharap diberikan kesembuhan cepat.

Bimbang banyak kerja tertangguh, penyanyi rap berusia 33 tahun ini berharap keadaan dirinya cepat pulih.

"Keputusan darah sudah pun keluar... doktor sahkan saya mempunyai penyakit Hipertiroid. No wonder selama ini susah nak tidur, anxienty dan sesak nafas.

"Saya tak boleh lama berada di sini (hospital). Terlalu banyak kerja. Harap saya tak lama dekat sini," ujarnya,

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain