suria

KJ was-was izin kenduri kahwin, Mila Jirin tak puas hati lama tiada ‘job’ - “Apa beza makan di restoran dengan di majlis perkahwinan?”

Mila harap Khairy Jamaluddin membaca luahannya di Instagram.

TAMPIL menyuarakan mengenai status Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berhubung majlis sosial, penyanyi Mila Jirin sudah bersedia menerima kecaman netizen.

Mila, 33, berkata dia dan semua yang terlibat dalam industri perkahwinan berasa tertekan disebabkan perniagaan tidak dapat beroperasi selama hampir dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ramai ‘panas hati’ Mila Jirin menangis Muhyiddin nak letak jawatan, siap tuduh dibayar - “Saya mensyukuri bantuan, bukan extreme politik”

ARTIKEL BERKAITAN: Fikir nasib pekerja buat Mila Jirin tak pernah putus asa... terus cari jalan pertahan bisnes - “Tak tergamak buang mereka”

"Saya tidak kisah sekiranya ada pihak nak kecam atau kritik saya disebabkan perkongsian saya itu. Saya hanya menyuarakan bagi pihak industri perkahwinan.

Mila 1

Mila turut berkongsi status Twitter KJ.

"Bukan saya cakap hanya kapasiti saya seorang tetapi ramai kawan-kawan dan semua yang terlibat dalam industri perkahwinan terkesan.

"Kami tertekan sebab perniagaan tak dapat beroperasi hampir dua tahun. Apa beza makan beramai-ramai di restoran dengan makan di majlis perkahwinan?

"Bukankah itu perkara yang sama saja? Saya rasa semua orang dah tahu batas ketika bertemu dengan orang," kata Mila kepada mStar.

Saya terkilan sebab semua industri sosial tidak dipanggil kementerian untuk berbincang.

MILA JIRIN

PENYANYI

Terdahulu, pemilik nama Norsyarmilla Jirin itu memuat naik paparan skrin status Twitter Khairy Jamaluddin di Instagram miliknya pada Isnin.

Menerusi status tersebut, Khairy memberitahu majlis sosial dalam tempat tertutup berkemungkinan menjadi sektor terakhir untuk dibuka.

Dalam pada itu, Mila yang juga mengusahakan perniagaan perkahwinan mengakui terkilan apabila tiada pihak yang memanggil mereka untuk berbincang mengenai isu tersebut.

Mila 2

Mila berharap pihak kerajaan memberi peluang kepada industri perkahwinan.

"Saya terkilan sebab semua industri sosial tidak dipanggil kementerian untuk berbincang. Kami bukanlah mahu minta bantuan dari segi kewangan.

"Tapi beri kami peluang untuk berbincang idea macam mana SOP untuk majlis sosial. Rasa-rasanya seluruh rakyat dah faham kini hidup dalam norma baharu.

"Sekurang-kurangnya beri kelonggaran seperti jemputan dalam 50 orang dalam masa beberapa jam. Kami akan ikut saja SOP yang ditetapkan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain