suria

Izuan Fitri semakin pulih tapi masih belum bercakap, sebelah paru-paru pula rosak - “Sekarang jaga adik macam jaga baby”

Izuan masih belum bercakap dan alami kerosakan pada paru-paru.

KEADAAN kesihatan pelakon remaja, Izuan Fitri menunjukkan perkembangan positif selepas dibenarkan keluar daripada Institut Perubatan Respiratori (IPR), Kuala Lumpur pada 22 September lalu.

Berkongsi mengenai perkembangan terkini, ibunya iaitu Nor Abdul Rani memaklumkan pelakon berusia 19 tahun itu sudah boleh bangun dan makan seperti biasa.

"Alhamdulillah adik (Izuan) semakin baik, dah boleh bangun... cumanya kita kena pantau sebab takut dia terjatuh, sekarang adik tak ada tempurung kepala, kita pun belum tahu lagi bila pembedahan untuk pasang tempurung semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas bedah otak, Izuan Fitri masih terlantar... ibu rayu bantuan tampung kos perubatan - “Dia belum bercakap... hanya renung kami”

ARTIKEL BERKAITAN: 'Lorong Kecil Ke Syurga' Menang Drama Terbaik ASK2015

"Makan pun dah boleh, kadang-kadang makan bubur atau kek. Dia dah pandai pilih nak makan apa. Soal makan dan minum pun kita kena pantau sebab dia tak boleh nak kawal.

"Mujur ada kakak dan abang yang tolong jaga. Mereka juga la yang bawa adik pergi hospital untuk pemeriksaan dan terapi," katanya kepada mStar.

izuan 1

Izuan masih bergantung pada ubat dan perlu mendapatkan rawatan berkala di hospital.

Pada 31 Julai lalu, pelakon filem One Two Jaga dan Munafik itu dikejarkan ke Hospital Selayang, Selangor setelah tidak sedarkan dan diserang sawan berikutan penyakit batuk kering atau tibi yang dihidapi.

Izuan selamat menjalani pembedahan pada bahagian otak di Hospital Kuala Lumpur (HKL), 5 Ogos lalu dan kemudiannya dipindahkan ke IPR pada 24 Ogos lalu.

Memang adik hilang banyak keupayaan diri. Sekarang jaga adik macam jaga baby.

NOR ABDUL RANI

IBU IZUAN FITRI

Dalam pada itu, Nor memberitahu Izuan masih belum mampu bercakap dan sebelah paru-parunya juga mengalami kerosakan.

"Hari ini (Selasa) kami bawa adik jumpa pakar untuk pemeriksaan pada bahagian kerongkong dan tekak, nak tengok kenapa adik masih belum bercakap sejak pembedahan... dia macam tak ada suara.

"Apa kita cakap dia hanya faham sepatah dua sahaja. Doktor juga maklumkan sebelah paru-paru adik dah rosak, hanya bergantung satu sahaja, mungkin sebab itu dia cepat penat.

izuan 3

Kasih ibu... foto terkini Nor bersama anak bongsunya, Izuan Fitri.

"Memang adik hilang banyak keupayaan diri dan ingatannya pun tak pulih sepenuhya lagi. Sekarang jaga adik macam jaga baby," ujarnya.

Untuk rekod, Izuan mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan sejak kanak-kanak dan pernah memenangi beberapa anugerah.

Pelakon filem Butak ini pernah menjulang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin (ASK) TV3 pada 2015 dan Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain