suria

Zaki Yamani bengang individu menyamar jadi pengurus ‘deal’ tanpa pengetahuan - “Pulangkan duit yang diambil”

Zaki Yamani buat laporan polis di Bangi, Selangor pada petang Rabu.

PENYANYI Zaki Yamani meluahkan rasa bengang dengan tindakan tidak bertanggungjawab seorang individu menggunakan namanya tanpa kebenaran bagi tujuan penipuan.

Menurut Zaki, 15, lelaki berkenaan menyamar sebagai pihak pengurusan dan membuat perjanjian bersama sebuah produk tanpa pengetahuannya terlebih dahulu.

"Melampau apabila individu itu buat urusan dengan pengasas satu produk kosmetik kononnya saya merupakan artis di bawah naungannya. Sedangkan saya tak tahu menahu tentang perjanjian ini, tiba-tiba pagi tadi saya dapat panggilan mengenai projek tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Jamal Abdillah, Zaki Yamani enggan tumpang populariti bapa - “Jarang tengok baba nyanyi... dia pun baru tahu saya ada lagu”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Jamal Abdillah, Zaki Yamani pengsan semasa buat IG live - “Tunggu keputusan ujian darah bimbang ada jangkitan”

"Saya kenal lelaki itu tapi kita tak pernah ada kerjasama, cuma saya tahu dia berada dalam industri. Geram campur terkilan sebab dia berani menggunakan nama orang lain untuk tujuan penipuan.

"Saya juga dimaklumkan dia sudah menerima bayaran atas perjanjian yang dilakukan... berapa nilai yang diterima saya tak pasti! Tapi tindakannya ini telah menyusahkan banyak pihak," katanya kepada mStar.

Saya mohon individu itu selesaikan hal ini dengan syarikat tersebut dan janganlah mempergunakan atau memperdaya orang lain!

ZAKI YAMANI

PENYANYI

Dalam pada itu, penyanyi lagu Slow Mo ini berkata dia masih belum menerima sebarang respons atau penjelasan daripada individu berkenaan.

Bimbang reputasinya sebagai penyanyi tercalar, anak kepada Datuk Jamal Abdillah ini membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi, Selangor pada Rabu.

zaki 1

Kerjaya seni Zaki Yamani diuruskan oleh syarikat rakaman Rusa Music dan ibunya sendiri.

"Laporan ini dibuat bagi membetulkan semula keadaan dan kerosakan yang dilakukan, tindakannya menggunakan nama saya tanpa pengetahuan menyebabkan reputasi sebagai artis dibawah naungan label Rusa Music Entertainment terjejas.

"Dia kena bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan, pulangkan semula duit yang sudah diambil... saya tak boleh berdiam diri sebab tindakannya ini membabitkan banyak pihak.

"Saya mohon individu itu selesaikan hal ini dengan syarikat tersebut dan janganlah mempergunakan atau memperdaya orang lain semata-mata nak mendapatkan duit haram," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain