suria

Uqasha diraikan dalam ‘bachelor party’, peminat syak majlis nikah Kamal Adli makin dekat - “InsyaAllah benda baik akan dipermudahkan”

Kamal Adli dan Uqasha Senrose memberi bayang seakan bakal berkahwin dalam masa terdekat.

URA-URA hari bahagia pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose nampaknya semakin hampir apabila kedua-dua mereka mula memberi 'hint' atau bayangan ke arah itu.

Lebih menambah keresahan peminat tentang bilakah tarikh mereka akan disatukan sebagai pasangan suami isteri apabila Kamal berkongsi foto pesta bujang atau bachelor party bagi meraikan Uqasha sebagai bakal pengantin.

"So cantik, ya Allah permudahkan semua urusan" tulis Kamal pada ruangan kapsyen.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kamal Adli dan Uqasha Senrose rancang tiga kali resepsi... satu majlis khas untuk peminat

Malah Uqasha sendiri turut berkongsi semula perkongsian yang dibuat adiknya, Nelydia Senrose di Instastory.

Berdasarkan pemerhatian di Instagram Nelydia, majlis yang diadakan pada Selasa malam itu turut dihadiri ahli keluarga yang lain termasuk Raysha Rizrose.

UQASHAAA

Uqasha bersama adik-beradik dan sepupunya.

"Masing-masing ada hal sendiri, tapi anda make effort untuk ada malam ni... terima kasih dan let's enjoy the dinner," kata Uqasha.

Pelakon drama Tundukan Playboy itu kelihatan anggun memakai pakaian berwarna putih dengan selempang bertulis 'bride to be' (bakal pengantin).

Rata-rata netizen mula teruja dan mendoakan perancangan pasangan ini untuk ke jenjang pelamin dipermudahkan.

"Bismillah, InsyaAllah benda baik akan dipermudahkan Allah SWT.

"Ramai mendoakan yang baik-baik, semoga bahagia dan dapat baby comel.

"Nak kahwin dah..." ujar beberapa netizen dan rakan artis.

Sebelum ini, Kamal menerusi Instastory memuat naik momen dia sedang melakukan sesi mengukur baju bersama pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Selain Rizman, Kamal turut berkongsi foto bertemu pereka pakaian suit terkenal, Kenny Lord.

212050920_538100757380087_8910187282496273871_n

Terdahulu, memberitahu sudah melakukan 80 peratus persiapan menjelang majlis.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan daripada Kamal sendiri tidak berhasil.

Menerusi panggilan telefon, Kamal memberitahu dia tidak berkesempatan untuk mengulas kerana sedang sibuk dengan urusan peribadi.

Pada Mac lalu, Kamal dan Uqasha memberitahu mStar mereka bakal mengadakan tiga majlis resepsi bagi meraikan hari bahagia tersebut.

Pasangan ini juga memberitahu sudah melakukan 80 peratus persiapan menjelang majlis berkenaan.

Kamal melamar Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, di pentas Anugerah MeleTOP Era (AME 2020) yang berlangsung pada Disember tahun lalu.

Kisah percintaan Kamal dan Uqasha mula menjadi perhatian semenjak mereka digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad pada sekitar tahun 2019.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Kamal Adli, Uqasha Senrose, berkahwin

Artikel Lain