suria

Kontroversi buat Iman Troye dikenali, akui stres kena kecam netizen - “Yang buruk jadi pengajaran untuk saya lebih matang”

Iman Troye akui kontroversi sebelum ini mematangkan dirinya.

TERLIBAT dengan beberapa kontroversi, penyanyi Iman Troye mengakui perkara itu sedikit sebanyak membantu menaikkan namanya dalam industri.

Bagaimanapun, Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 21, berkata apa yang diluahkan di laman sosial bukanlah untuk meraih publisiti, sebaliknya bertujuan mendekatkan diri dengan peminat.

"Sejujurnya kontroversi yang berlaku sebelum ini bukan berniat nak cari publisiti kerana saya hanya berkongsi apa yang saya rasa di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu dah ‘meletup’ tapi Iman Troye takut masuk AJL - “Saya rasa tak bersedia lagi, masih muda untuk semua ini”

ARTIKEL BERKAITAN: Teruk dikecam netizen... Iman Troye akhirnya mohon maaf salah bual - “Saya akan cuba jadi lebih baik”

"Saya hanya menggunakan media sosial sepanjang pandemik ini untuk merapatkan diri dengan peminat dan berkongsi tentang kehidupan saya.

"Ya saya akui mungkin betul berita (kontroversi) sebelum ini membuatkan orang lebih kenal saya tapi dalam masa sama lagu pertama nyanyian saya iaitu Teman juga membantu menaikkan nama saya," katanya kepada mStar.

iman troye 2

Iman tercalon dalam empat kategori di AME2021.

Iman berkata demikian ketika ditemui di sidang media Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) yang diadakan secara maya, pada Selasa.

Bagi pencalonan awal, Iman tersenarai dalam empat kategori iaitu Artis Baharu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP Era, BBNU MeleTOP dan Video MeleTOP.

Tipulah kalau saya tak stres tapi saya kena belajar membiasakan diri untuk menerima apa jua yang berlaku disekeliling saya!

IMAN TROYE

PENYANYI

Ditanya reaksinya ketika berdepan kontroversi, Iman mengakui turut bersedih mengenang tindakan segelintir netizen yang berterusan menghentamnya di laman sosial.

Namun, dia memilih untuk kekal positif dan menganggap apa yang berlaku sebagai sebahagian proses pembelajaran untuk lebih kuat dan cekal berjuang dalam industri seni.

iman troye 3

Iman berkawan baik dengan Naim Daniel dan menganggap penyanyi itu seperti abangnya.

"Saya ingatkan diri apabila melangkah dalam industri ini saya kena terima baik dan buruk perjalanan yang harus ditempuhi sebagai anak seni.

"Yang buruk jadi pengajaran untuk saya lebih matang dan berhati-hati sebelum buat sesuatu... saya pun selalu terima kata-kata semangat dari rakan artis dan peminat.

"Tipulah kalau saya tak stres tapi saya kena belajar membiasakan diri untuk menerima apa jua yang berlaku disekeliling saya," ujarnya.

Sebelum ini nama Iman Troye menjadi sebutan hangat netizen di apabila terlanjur berkongsi pandangan di laman sosial miliknya.

Antaranya salah faham isu jerawat Jaehyun NCT dan ciapan di Twitter berkaitan kes jangkitan Covid-19 di Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain