suria

Lama tiada ‘show’... Usop buat macam-macam kerja demi kumpul duit kahwin, tak malu live IG jual baju bundle

Usop buat pelbagai pekerjaan kerana mahu mengumpul duit kahwin.

SELEPAS berjaya membuka sebuah restoran francais terletak di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Ogos lalu, penyanyi Usop kini menjual pakaian terpakai atau bundle secara online di Instagram.

Meskipun bergelar seorang penyanyi terkenal, Usop atau nama sebenar Muhammad Saiful Naim Mohd Nor, 24, berkata dia tidak malu melakukan pelbagai pekerjaan bagi menambah sumber pendapatan.

"Selain menguruskan gerai nasi kandar milik keluarga dan restoran Ayam Gepuk, saya kini mencuba perniagaan baharu pula iaitu menjual baju bundle berjenama di Instagram sejak seminggu lalu, setiap malam saya buat live dan pembeli boleh buat bidaan dan pilih baju-baju yang mereka minat.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas buat pendedahan, Usop sedih kekasih digelar kaki kikis - “Nak kikis apa? Rumah dan kereta pun tak ada lagi”

ARTIKEL BERKAITAN: Tamat kontrak dengan syarikat rakaman, Usop mahu fokus bisnes - “Saya plan nak bertunang tahun ini, kahwin tahun depan”

"Sejujurnya saya ni memang jenis tak reti duduk diam, apa-apa pekerjaan pun saya sanggup buat asalkan pendapatan halal... tak kisahlah orang nak kata pun.

"Saya tak malu mencari rezeki dalam pelbagai bidang, lagi pun tak salah ceburi bidang perniagaan bukannya saya merompak atau mencuri," katanya kepada mStar.

usop 3

Usop jual baju bundle menerusi siaran langsung di Instagram.

Berkongsi pengalamannya menjalankan perniagaan pakaian terpakai itu, Usop memberitahu dia pernah ditipu oleh pembeli yang menghilangkan diri selepas membuat bidaan.

Bagaimanapun dia menganggap apa yang berlaku itu merupakan ujian dan cabaran sebagai seorang peniaga.

Ada la beberapa kali orang yang berjaya membida dan lock baju menghilang diri... mereka mahu main-main sahaja!

USOP

PENYANYI

"Alhamdulillah sambutan menggalakkan. Kita punya baju bundle memang berkualiti dan berjenama, jadi banyak pakaian rare yang susah nak dicari di mana-mana butik.

"Kalau ditipu pembeli tu biasalah. Ada la beberapa kali orang yang berjaya membida dan lock baju menghilang diri... mereka mahu main-main sahaja. Itulah salah satu cabarannya," ujarnya.

Selain mahu menambah pendapatan keluarga, penyanyi lagu Selamanya ini memberitahu salah satu sebab dia melakukan pelbagai pekerjaan adalah kerana mahu mengumpul duit kahwin.

usop

Usop pernah mendedahkan wajah kekasih kepada umum pada November lalu.

"Sekarang ni show pun tak ada. Nak menyanyi pun tak boleh, jadi saya cuba la buat apa-apa kerja lain.

"Walau apa pun berlaku kita masih lagi perlu bekerja untuk kelangsungan hidup. Tak bolehlah berharap pada satu sumber pendapatan sahaja.

"Selain untuk menyenangkan keluarga, saya juga buat banyak kerja sebab nak menghalalkan hubungan dengan kekasih... perancangan nak kahwin tu dah ada jadi kena la mula menyimpan dari sekarang," ujarnya yang bakal memulakan penggambaran filem tidak lama lagi.

Pada November tahun lalu, Usop mendedahkan wajah kekasihnya kepada umum dan merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita berasal dari Pulau Pinang itu tidak lama lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain