IMPIAN penyanyi Sharul Kamal untuk menubuhkan band akhirnya tercapai apabila tampil dengan kumpulan baharu diberi nama DUNYA. Menurut Sharul atau Muhammad Sharul Amin Kamarozaman, 24, idea untuk menubuhkan band terdetik selepas enam tahun bergerak sebagai penyanyi solo. "Idea nak menubuhkan band ini sudah lama, saya memang teringin nak buat persembahan atas pentas bersama band sebab sebelum ini saya pernah ikut Drama Band dan Akim & The Majistret sebagai kru. ARTIKEL BERKAITAN: Keluar AF pun orang tak kenal, Sharul Kamal pasrah lambat popular - “Kalau awal-awal dah top, mungkin saya tiada apa-apa” ARTIKEL BERKAITAN: Bersaing dengan BBNU, Sharul Kamal kena buat sesuatu untuk dikenali "Banyak saya belajar mengenai band dan dari situ saya mengumpul segala semangat dan ilmu daripada mereka selama beberapa tahun untuk saya nak menubuhkan band cuma sebelum ini masa tak sesuai dan rezeki pun belum sampai. DUNYA tampil dengan single baharu berjudul Kuala Lumpuh. "Alhamdulillah, Allah kabulkan permintaan saya tahun lepas... saya sudah bergerak solo lebih kurang enam tahun sejak keluar AF2015, saya kena buat sesuatu yang lain. Bukan saja konsep, tapi dari segi muzik yang nak dibawa juga kena baru. Itu yang tercetusnya idea nak menubuhkan band DUNYA," katanya kepada mStar. Sementara itu, Sharul berkata hasratnya untuk menubuhkan DUNYA berjaya direalisasikan selepas bertemu Stacy dan Akim Ahmad yang juga merupakan pemilik syarikat rakaman, Rhythm & Rhyme Entertainment. Bukan sebab tengok orang lain ada band, saya nak ada band juga, tidak. SHARUL KAMAL PENYANYI "Saya berjumpa Stacy dan cakap nak buat sesuatu yang baru. Saya kuatkan hati cakap pada Stacy mengenai perancangan saya itu. "Dia pun setuju sebab dia ada rancangan sama untuk saya, jadi bermula daripada situ kami cari dan kumpul anggota kumpulan lain. Akim dan Stacy realisasikan impian Sharul memiliki kumpulan sendiri. "Bukan sebab tengok orang lain ada band, saya nak ada band juga, tidak! Sebelum ini saya pernah bekerja dengan band lain, jadi saya dapat rasa sesuatu yang menarik jika memiliki kumpulan,” ujarnya. DUNYA secara rasminya ditubuhkan tahun ini dianggotai oleh tiga anak muda iaitu Sharul Kamal selaku vokalis, Tuah Johari (bass) dan Odot (Dram). Single pertama dan video muzik rasmi lagu mereka berjudul Kuala Lumpuh sudah dilancarkan secara rasmi pada 17 September lalu di saluran YouTube Rhythm and Rhyme Entertainment. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!