GARA-GARA terlalu seronok bermain penutup tin biskut, anak kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Ayra Aneesah yang berusia tiga tahun terpaksa menerima jahitan di dagu selepas terjatuh di lantai. Ummi Nazeera, 28, atau Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin berkata Ayra dikejarkan ke sebuah pusat perubatan selepas suaminya yang juga seorang doktor iaitu Dr. Izzar Anwari mendapati luka di dagu anak mereka itu terlalu dalam. ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut dapat mesej Ummi Nazeera nak bagi hadiah telefon, tapi ramai ragu-ragu - “Kalau terus aniaya orang, saya buat laporan polis!” ARTIKEL BERKAITAN: Ummi Nazeera cemas dapat tahu tali pusat bayi terbelit di leher, waktu hamil juga berdepan dugaan - “Uri ada di bawah, rasa sakit tak boleh tidur malam” “Dia tengah main dengan penutup tin biskut dan tangan atas bekas dan lantai licin... tangan tak sempat nak lindung dagu. Dia terjatuh atas lantai dan menyebabkan dagu terbelah. “Memang dia terus menangis la selepas jatuh. Izzar tengok dalam juga luka itu dan terus bawa ke hospital... meraung dia ketika dalam perjalanan ke hospital,” kata Ummi ketika dihubungi mStar. Keadaan Ayra Aneesah ketika di hospital. Terdahulu pada Khamis, Ummi berkongsi keadaan dan gambar anaknya sedang dirawat di sebuah pusat perbuatan di Kuala Lumpur. Pelakon berusia 28 tahun itu turut memohon doa orang ramai agar pembedahan yang dijalani anak perempuannya itu berjalan lancar. Dia terjatuh atas lantai menyebabkan dagu terbelah. UMMI NAZEERA PELAKON Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan doa daripada rakan selebriti dan wargamaya yang mendoakan kesembuhan Ayra. “Alhamdulillah... pagi tadi dah selesai proses merawat dan menjahit luka di dagu dia. Buat masa sekarang ini, saya masih belum jumpa doktor lagi, jadi tak tahu berapa jahitan kena. Ummi bersama suami Dr. Izzar dan anak mereka. “Sebelum lakukan proses jahitan itu, doktor bius beri dia tidur. Selepas selesai proses itu, dia tidur saja. Tapi sekarang dah bangun dan boleh makan,” ujarnya. Ummi mendirikan rumah tangga bersama Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017. Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah pada 22 Ogos 2018 dan Aysha Arsylia pada Jun lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!