suria

Baru usia 21 tahun, Dul Jaelani minta izin kahwin dulu, Al Ghazali tidak kisah asalkan adik bongsu bahagia

Foto dari kiri, Al Ghazali, El Rumi dan Dul Jaelani.

HUBUNGAN cinta anak kepada penyanyi Ahmad Dhani iaitu Dul Jaelani dengan Tissa Biani kini sudah melangkah ke peringkat yang lebih serius.

Memetik laporan Liputan6, Dul Jaelani juga sudah meminta izin abang sulungnya iaitu Al Ghazali untuk bernikah terlebih dahulu.

Menurut Al Ghazali, dia tidak mempunyai masalah dengan hasrat Dul Jaelani namun mahu adik bongsunya dan kekasih mengenali satu sama lain lebih mendalam.

"Ya... Dul ada meminta izin untuk bernikah terlebih dahulu. Saya tak kisah, asalkan dia bahagia. Kenapa saya nak larang?

"Cuma sekarang ini dia masih fokus kepada karier. Lagipun hubungan cinta mereka masih baru, jadi perlu mengenal hati masing-masing juga," katanya.

Selain Al Ghazali, 24, dan Dul Jaelani, 21, Ahmad Dhani juga mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama El Rumi, 22.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain