suria

Kecoh kononnya Iqbal anak bekas menteri gara-gara campak duit... Dia sebenarnya anak Pak Imam, pernah kerja cuci pinggan

Iqbal terkejut apabila ada pihak yang mengaitkan dia sebagai anak Tengku Adnan.

SEJAK usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli menjadi bualan ramai gara-gara video mencampak duit dan menayang kemewahan, timbul pelbagai tanda tanya tentang sumber kekayaan yang dimilikinya.

Rata-rata mula mempersoalkan tentang aliran kewangannya hingga mampu berbelanja mewah seperti yang sering dipamerkan di media sosial.

Lebih mengejutkan tiba-tiba sahaja tular petikan video rakaman temubual mStar yang diedit semula dengan kapsyen yang mendakwa dia merupakan anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut tiba-tiba Iqbal campak duit, hilang sabar dituduh kaki kikis harta Vida - “Saya yang bagi duit untuk dia!”

ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal tersinggung kisah cinta dengan Vida jadi bahan jenaka... sampai ‘MeleTOP’ pun buat parodi - “Sedih isu serius orang buat main-main”

Namun setelah disemak, dakwaan itu timbul hanya kerana secara kebetulan ahli politik itu mempunyai anak lelaki bernama Tengku Iqbal Munawwir.

Mengakui terkejut dengan dakwaan yang ditularkan di media sosial dan aplikasi WhatsApp itu, Iqbal, 27, berkata dia tidak mempunyai kaitan dengan ahli politik berkenaan.

IQBAL1

Iqbal bersama ibu dan adik beradik yang lain.

Malah dia meminta orang ramai agar tidak mencemarkan nama Tengku Adnan dengan kontroversi yang melanda dirinya pada ketika ini.

"Saya terkejut juga apabila ada yang kaitkan nama saya dengan Tengku Adnan. Saya tak pernah jumpa beliau dan tak tahu kenapa orang cakap saya anak dia... muka sama ke?

"Saya teringin juga nak jumpa Tengku Adnan tapi jangan la cemarkan nama beliau dan kaitkan dengan saya. Saya hanya budak kampung yang pernah kerja cuci pinggan.

Saya terkejut juga apabila ada yang kaitkan nama saya dengan Tengku Adnan

AHMAD IQBAL ZULKEFLI

USAHAWAN KOSMETIK

"Saya sangat mengagumi beliau. Mungkin suatu hari nanti saya boleh jadi ahli politik... jadi ikon anak muda," katanya kepada mStar.

Jadi bagi menjawab pelbagai persoalan tentang identiti Iqbal, mStar senaraikan latar belakang pemuda kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini.

1. Nama sebenar dan latar belakang pendidikan

Ahmad Iqbal Zulkefli dilahirkan pada 12 September 1994 dan berasal daripada Pasir Mas, Kelantan.

iqbal2

Iqbal berasal daripada Pasir Mas Kelantan.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan, Tumpat dan Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (3) sebelum meneruskan pengajian di Maahad Muhammadi Pasir Mas (Sijil Tinggi Agama Malaysia).

Dia kemudiannya menyambung pendidikan di peringkat diploma dalam bidang Penulisan Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

2. Latar belakang keluarga

Merupakan anak ketiga daripada lapan orang adik-beradik.

Bapanya Zulkefli Dollah merupakan seorang guru dan Imam di Masjid Pasir Mas. Bapanya mendapat pendidikan pada peringkat ijazah di Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang Syariah Islamiah.

iqbal4

Berniat ingin berkahwin dengan Datuk Seri Vida namun hasratnya tidak tercapai.

Sementara ibunya Maznuni Che Yusof yang berketurunan Cina Siam adalah seorang guru bahasa Arab, juga mendapat mendapat pendidikan dari Universiti Al-Azhar Mesir.

Ibu bapanya berpisah pada tahun 2018.

Namun ibunya meninggal dunia pada 20 Januari 2021.

3. Pekerjaan sebelum bergelar usahawan

Pernah bekerja sebagai pencuci pinggan dan menjual burger pada usia 17 Tahun di Terengganu dan Kuala Lumpur.

Bercerita lanjut tentang kehidupannya, dia pernah hidup susah hingga terpaksa menyewa pada bahagian dapur sebuah rumah untuk dijadikan bilik tidur.

Sewaktu belajar, Iqbal pernah meraih pendapatan sehingga RM13,000 sebulan dengan melakukan pelbagai kerja secara sambilan termasuk menulis artikel, menyunting video dan pemasaran.

iqbal3

Selepas diberhentikan dari Vida Beauty, Iqbal memulakan pernigaan kosmetiknya sendiri.

Sebelum menamatkan pelajaran di Aswara, Iqbal mendakwa menerima tujuh tawaran kerja dengan gaji RM5,000 ke atas.

Namun Iqbal memilih untuk bekerja sebagai pembantu peribadi kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida selepas tamat pengajian dan ditawarkan gaji RM1,400 sebulan.

Selepas diberhentikan kerja daripada Vida Beauty, Iqbal memulakan perniagaannya sendiri iaitu serum dan minyak wangi dengan bermodalkan RM500.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain