suria

Mila Jirin lega akhirnya dapat ‘green light’ buat majlis kenduri kahwin - “Kami cadang letak Rela bertugas di setiap dewan”

Mila teruja beberapa negeri sudah di fasa 4 dan industri sosial sudah dibenarkan operasi.

SELEPAS lama menanti, akhirnya usahawan industri sosial termasuk perkahwinan menarik nafas lega apabila sektor itu dibuka semula di beberapa negeri yang bertukar ke fasa 4 bermula Isnin ini.

Penyanyi Mila Jirin, 33, yang juga mengusahakan perniagaan perkahwinan Bizmilla meluahkan rasa syukur apabila dapat kembali beroperasi selepas hampir dua tahun ditutup.

ARTIKEL BERKAITAN: KJ was-was izin kenduri kahwin, Mila Jirin tak puas hati lama tiada ‘job’ - “Apa beza makan di restoran dengan di majlis perkahwinan?”

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin berkata, pihaknya kini dalam proses mempersiapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin.

Mila 1

Mila berkongsi perkara itu di Instagram.

"Alhamdulillah saya di Bizmilla dan semua usahawan yang berada dalam industri sosial dapat menarik nafas lega.

"Industri kami akhirnya dapat dibuka setelah hampir setahun lapan bulan terkandas. Insya-Allah, kami sedang persiapkan SOP yang lebih ketat.

"Kami cadang untuk meletakkan pasukan rela bertugas bagi setiap dewan untuk menyemak status vaksin serta status terkini MySejahtera sebelum dibenarkan masuk ke dalam dewan," katanya kepada mStar.

Pada Jumaat, majlis sosial termasuk majlis perkahwinan dan kenduri kendara dibenarkan bermula 18 Oktober depan di negeri yang kini dalam Pelan Pemulihan Negara fasa empat.

Insya-Allah, kami sedang persiapkan SOP yang lebih ketat.

MILA JIRIN

PENYANYI

Negeri yang dalam fasa empat iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, Wilayah Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Wilayah Labuan.

Menerusi laporan mStar pada 5 Oktober lalu, Mila tampil menyuarakan mengenai status Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang masih berasa was-was membenarkan majlis sosial beroperasi.

Mila, 33, berkata dia dan semua yang terlibat dalam industri perkahwinan berasa tertekan disebabkan perniagaan tidak dapat beroperasi selama hampir dua tahun.

Dalam pada itu, Mila berharap dengan pengumuman kerajaan mengenai tahap vaksinasi negara dapat memberikan keyakinan semula kepada pelanggan untuk mengadakan majlis sosial.

Mila 2

Mila bersama suaminya.

"Insya-Allah dengan pengumuman daripada kerajaan tentang tahap vaksinasi negara dan jumlah kes harian yang semakin menurun beri keyakinan kepada para pelanggan.

"Mereka yakin untuk menjalankan majlis mereka bagi meraikan saudara mara terdekat dan sahabat handai.

"Seperti di Bizmilla, kami juga telah menukar corak perniagaan kami kepada lebih flexible mengikut bajet peruntukkan pelanggan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain