suria

[VIDEO] Harris Anuar trauma pakai ‘towel’, risau ada tebuan sembunyi - “Doktor kata bisa boleh sebabkan leher bengkak dan tidak dapat bernafas”

Wajah Harris yang membengkak selepas disengat tebuan.

NAMPAK kelakar tapi pelakon Harris Anuar sebenarnya berdepan maut jika lambat ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas disengat tebuan pada Jumaat.

Menurut pemilik nama Mohammad Harris Shahrul Annuar, doktor memberitahunya bisa tebuan itu boleh menyebabkan lehernya bengkak dan tidak dapat bernafas.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara positif Covid-19 selepas balik bercuti, Harris Annuar dikecam netizen - “Dia tak pergi tempat sesak, tuduhan berpesta di hotel tak benar”

"Doktor kata saya dah stage dua dan hampir nak ke stage tiga... semalam air bisa dah turun ke leher boleh menyebabkan bengkak dan sesak nafas.

“Saya ditahan wad sebab doktor nak monitor jantung kerana bisa itu sudah masuk dalam darah menyebabkan paras darah menurun yang mungkin menyebabkan jantung perlahan.

“Trauma dah pakai towel, lepas ni memang kena check dulu sebelum guna. Risau kejadian sama berulang," ujarnya kepada mStar.

Pada Jumaat Harris berkongsi detik cemas disengat tebuan yang hinggap pada tuala sebelum disapu pada wajahnya.

Sebenarnya memang sakit sangat... nampak dalam video saya ketawa.

HARRIS ANUAR

PELAKON

Bagaimanapun, Harris memberitahu dia sudah dibenarkan keluar daripada pusat perubatan itu pada Sabtu.

Bercerita lanjut, Harris berkata, walaupun nampak gembira tapi dia mengakui berasa bimbang dengan keadaan yang dilaluinya itu.

Katanya, dia berkongsi foto dan video keadaannya itu bagi mengelakkan dirinya sentiasa berasa positif dan keluarga tidak risau dengan situasi itu.

Harris 1

Bengkak di muka Harris sudah mula surut.

"Sebenarnya memang sakit sangat... nampak dalam video saya ketawa. Saya post video ketawa itu pun sebab tak nak keluarga dan rakan bimbang.

"Jadi, saya kena tunjukkan yang saya okay saja. Walaupun sebenarnya air mata jantan saya mengalir menahan kesakitan.

"Alhamdulillah, hari ini saya sudah dibenarkan pulang dan bengkak di muka pun semakin surut," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain