suria

[VIDEO] Vida dakwa Iqbal disihir, terjah rumah bukan sebab nafsu - “Saya rendahkan maruah selamatkan satu jasad dan roh”

Vida dakwa Iqbal terkena buatan sihir oleh seseorang yang ingin menjatuhkannya.

CUTI hujung minggu baru-baru ini kecoh dengan cerita Datuk Seri Vida bertandang ke rumah usahawan yang juga bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Rata-rata melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan Vida atau Hasmiza Othman, 50, pergi ke rumah Iqbal seawal pukul 3 pagi, Sabtu lalu.

Tampil menjawab segala tohmahan kurang baik terhadapnya, Vida berkata kedatangnya itu bukan atas dasar nafsu sebaliknya ingin menyelesaikan masalah antara mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh kononnya Iqbal anak bekas menteri gara-gara campak duit... Dia sebenarnya anak Pak Imam, pernah kerja cuci pinggan

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Iqbal tersinggung kisah cinta dengan Vida jadi bahan jenaka... sampai ‘MeleTOP’ pun buat parodi - “Sedih isu serius orang buat main-main”

"Saya bukan terjah, bukan tidak move on, bukan perigi cari timba... saya bukan gersang dan pergi atas dasar nafsu!

"Banyak tohmahan dan kecaman saya terima. Bukan saya tak fikir waras pergi rumah anak teruna pukul 3 pagi. Sebelum itu saya solat tahajud dan istiqarah minta petunjuk.

"Saya tak ada niat lain selain nak selesaikan masalah dan perlu terangkan kepada Iqbal perasaan saya," kata Vida menerusi video di Instagram.

Sebelum ini Iqbal mengakui terkejut apabila kediamannya di Kajang, Selangor itu diterjah Vida pada pukul 3 pagi hanya kerana ingin menyerahkan sebentuk cincin yang dibelinya.

Menurut usahawan berusia 27 tahun itu, dia terpaksa melayan kedatangan Vida walaupun pada ketika itu sedang mengalami emosi kurang stabil.

Orang pergunakan awak untuk jatuhkan saya dan buat saya gagal dalam perniagaan.

DATUK SERI VIDA

USAHAWAN

Dalam pada itu, Vida mendakwa masalah emosi yang dialami Iqbal berpunca daripada buatan sihir orang yang ingin menjatuhkannya.

"Kita kenal dah lama... tujuh tahun awak jaga saya. Sakit awak itu buatan orang. Orang pergunakan awak untuk jatuhkan saya dan buat saya gagal dalam perniagaan.

"Orang itu guna Iqbal untuk hancurkan saya... bunuh dan jatuhkan maruah saya.

"Saya mencari kekuatan untuk pergi, redah dan selamatkan satu jasad dan roh yang dipergunakan. Saya rendahkan maruah diri," ujarnya.

Sementara itu berkongsi mengenai pertemuan mengejut tersebut, Vida memberitahu dia terpaksa memuat naik rakaman yang banyak bercanggah dengan apa yang ditulis Iqbal mengenai dirinya.

Vida 1

Iqbal memberitahu Vida datang ke rumahnya pada 3 pagi hanya untuk menyerahkan cincin.

"Kami bersembang hampir tiga jam. Walaupun Iqbal memang tak tengok muka saya sangat. Saya memang tak nak rakam apa pun.

"Iqbal nak rakam. Saya nak betul-betul privasi tapi dah dia kongsi kat InstaStory. Saya pun ada rakam momen yang banyak bercanggah dengan apa yang dia tulis.

"Sebab itu saya kata dia 'sakit' dan perlu dirawat secara ruqyah atau ada mana-mana ustaz boleh ubati sihir ini. Kesian Iqbal," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain