suria

Ieda Moin geli-geleman buka ‘inbox’ Instagram ada foto, video kemaluan lelaki - “Orang ini ganggu emosi dan dalaman kita!”

Ieda berang apabila kerap terima mesej lucah daripada akaun palsu.

AKIBAT terlalu jelak dan tidak tahan dengan gangguan seksual yang diterima sejak September lalu, pelakon Ieda Moin akhirnya mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur pada Ahad.

Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin berkata, gangguan yang diterima menerusi platform Instagram ternyata memberi kesan emosi kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Amril matang, utamakan anak” - Ieda Moin terima lelaki bujang sebagai suami

“Saya tidak mengenali individu ini, namun dia mula menganggu saya sejak September lalu. Saya malas nak layan, mulanya buat tak tahu saja tapi semakin lama menjadi-jadi pula.

Ieda 1

Ieda memuat naik paparan skrin laporan polis.

"Apabila disekat akaun, dia buka akaun baru. Dapat dihidu kerana dia menghantar benda dan ayat yang hampir sama. Mungkin kerana saya berdada besar, budak-budak ini suka lihat, walhal bukan seksi pun.

"Apatah lagi saya bertudung dan kebanyakan gambar bersama anak-anak. Suami minta saya buat laporan polis kerana sudah melampau apabila menghantar video lucah dan gambar kemaluan," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Ieda memuat naik salinan laporan polis yang dibuatnya itu di Instagram.

Tak naklah sampai nak ambil tindakan ke mahkamah atau sebagainya.

IEDA MOIN

PELAKON

Dalam pada itu, Ieda mengakui bimbang jika pada masa depan individu itu bertindak lebih melampau sehingga membabitkan keluarga dan anak-anaknya.

"Bayangkan kalau dia mengganggu anak saya pula atau anak saya tertengok mesejnya? Belum lagi kalau tiba-tiba dia boleh muncul depan mata pula suatu hari nanti.

"Takkan sehingga saya perlu menutup akaun kerana Instagram adalah platform untuk saya mencari makan juga. Orang sebegini menganggu emosi dan dalaman kita," katanya.

Ieda 2

Ieda mahu melaporkan kes tersebut kepada SKMM.

Ieda menegaskan tidak mahu memanjangkan perkara itu dan polis menasihatkannya untuk turut melaporkan kes itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

"Tak naklah sampai nak ambil tindakan ke mahkamah atau sebagainya. Cukuplah individu itu dapat pengajaran dan berhenti lakukan aktiviti tak bermoral sebegitu.

"Saya akan ke SKMM juga untuk kes ini supaya mereka dapat mengesan individu itu. Sudahlah cukup di sana, asalkan dia tidak mengulangi hal itu baik ke atas mangsa lain pula," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain