KETIKA ramai pihak tertanya-tanya di manakah, usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat bersembunyi, akhirnya dia muncul beramah mesra dengan pengikutnya di media sosial pada Isnin. Lebih mengejutkan apabila Sajat, 36, yang sebelum ini disangka masih berada di Thailand dipercayai sudah melarikan diri ke Canterbury, Australia. Berdasarkan perkongsian di Instagram, difahamkan Sajat kini sedang menjalani kuarantin di sebuah hotel di negara berkenaan. ARTIKEL BERKENAAN: Tetap kena bayar! Sajat gagal elak langsai ganti rugi RM200,000 ARTIKEL BERKENAAN: Dokumentasi sedang dilengkapkan untuk bawa pulang Sajat - Polis "Kita tak lari, kita berhijrah la. Anda yang kata kita lari. Anda yang tak boleh terima hakikatkan? "Selama ni kita senyap sebab kita nak buka kedai baru dekat lokasi baru. Alhamdulillah dapat support yang banyak," katanya menerusi sesi live di Instagam. Pada 15 Oktober lalu media melaporkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa Thailand untuk mengekstradisi Sajat yang melarikan diri ke negara jiran itu. Sajat mendakwa dirinya kini berada di Australia. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dilaporkan berkata, proses membawa pulang usahawan kosmetik itu tertakluk kepada maklum balas dari pihak berkuasa tempatan. Dalam pada itu pada sesi live berkenaan Sajat turut menjawab pertanyaan para pengikutnya tentang status dia sebagai warganegara Malaysia. "Kita dah cerai dah, dah cerai dah, dah talak tiga dah. Kalau saya masih Islam biar la saya dengan cara Islam saya... awak dengan Islam awak. NUR SAJAT USAHAWAN KOSMETIK "Maaflah kita dah tak boleh bersatu kembali," katanya. Selain itu Sajat turut meminta orang ramai agar tidak menghakiminya dengan pelbagai andaian berhubung isu agama yang dianggap sangat sensitif. "Kalau saya masih Islam biar la saya dengan cara Islam saya... awak dengan Islam awak. "Tak perlu la awak nak judge saya, kita respect each other. Sebab sekarang ni pun kalau awak nak kata apa-apa pun tak guna sebab saya dengan cara Islam saya. "Tak perlu la kata saya berdosa ke... terima kasih saya sangat hargai nasihat anda semua," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!