PERKONGSIAN pelakon Iman Suhana tentang berita kehamilannya yang kini sudah berusia lima bulan mengundang rasa teruja peminat dan rakan artis. Ujar Iman atau Norsuhana Mohamad Wahid, 31, dia lebih berhati-hati menjaga kandungan anak keduanya ini terutamanya ketika negara masih berdepan pandemik Covid-19. Katanya dia juga agak paranoid untuk keluar rumah jika tiada urusan penting. ARTIKEL BERKAITAN: Watak wanita 'ting tong' dalam Takdir Yang Tertulis buka mata penonton terhadap lakonan Iman Suhana - “Itu memang perangai sebenar saya” "Alhamdulillah kandungan dah masuk lima bulan, persiapan menyambut baby sedang buat sikit demi sedikit. "Sekarang ni saya paranoid nak keluar rumah dengan keadaan Covid-19 sekarang ni... rasa nak duduk rumah je. Iman Suhana bersama suami dan anak sulung mereka yang kini berusia tiga tahun. "Anak sulung ni pun saya tak bagi keluar. Suami je yang keluar beli barang sebab takut kita jadi pembawa," katanya kepada mStar. Terdahulu Iman mengejutkan para pengikut Instagram dengan perkongsian foto baby bump beserta kapsyen bagi memberitahu tentang kehamilannya. Dalam pada itu, Iman berkata dia juga mengambil keputusan untuk menghentikan semua penggambaran drama bagi memberi tumpuan penuh kepada proses kehamilan. Dia berbuat demikian untuk mengelakkan risiko jangkitan dan risau akan kandungannya. Sometime tak boleh terima makanan tapi saya paksa sebab risaukan kandungan. IMAN SUHANA PELAKON "Saya dah hentikan jadual penggambaran. Ada produksi hubungi nak ajak masuk set tapi sebab hamil dan kes Covid-19 masih tinggi saya tak berani sebab berisiko. "Produksi pun faham, mereka bagi saya rest walaupun dah sign kontrak. Bercerita lanjut tentang kehamilannya, Iman berkata dia tidak mengalami alahan yang terlalu teruk atau mengidam sesuatu yang pelik dan sukar dicari. "Setakang ini Alhamdulillah okay la, cuma awal-awal je saya rasa teruk sikit dengan alahan. "Sekarang saya tak boleh hidu bau makanan even bau suami pun tak boleh... rasa nak muntah. "Sometime tak boleh terima makanan tapi saya paksa sebab risaukan kandungan. Iman hentikan penggambaran sehingga habis berpantang demi keselamatan diri dan keluarga. Tambah Iman, dia sudah mengetahui jantina bayi yang bakal dilahirkan namun memilih untuk tidak berkongsi hal tersebut sehingga tiba masa yang sesuai. "InsyaAllah awal bulan tiga tahun depan saya akan melahirkan anak kedua ini. "Jantina dah tahu sebenarnya tapi tak boleh la nak kongsi dulu, tunggu masa sesuai baru saya umumkan," katanya. Pelakon kelahiran Taiping, Perak ini sudah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Muhammad Shazwan Ibrahim, 32, pada 2018. Hasil perkahwinan, mereka sudah dikurniakan seorang anak perempuan, Maya Inara yang kini berusia tiga tahun. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!