BAKAL bergelar ibu kepada dua cahaya mata, pelakon Elfira Loy berkongsi berita gembira mengumumkan dirinya kini sedang hamil. Menurut Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 27, dia bersyukur tidak menunggu lama bagi mendapatkan rezeki untuk dikurniakan zuriat kedua. "Saya masih tak percaya akan jadi ibu kepada dua anak. Meskipun menunggu untuk memiliki zuriat kedua tidak mengambil masa lama seperti individu lain tapi saya dapat merasai momen ini juga. ARTIKEL BERKAITAN: “Kerja complain je kat mama” - Nada suara ‘malas nak layan’ suami Elfira Loy jadi bahan netizen buat spekulasi hal rumah tangga ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Loy tak berkira dengan keluarga, percaya rezeki yang ada untuk dikongsi bersama - “Kalau ada RM100, El bagi semua kepada mereka” "Saya selalu berdoa kepada Allah supaya makbulkan doa individu yang dalam usaha mendapatkan zuriat atau 'trying to conceive' (TTC). "Abang, Muhamad Rayyan Khalaf (anak sulung) tolong mummy nanti kan?" katanya. Elfira bersama suami Faris dan anak sulung, Rayyan. Pelakon drama Di Sebalik Kasyaf ini berkongsi mengenai perkembangan terkini dirinya itu menerusi laman Instagram pada Rabu.Sebelum itu menerusi hantaran berlainan, Elfira memuat naik foto memegang sebuah belon yang tertera ayat 'baby no 2 is coming'. Kepada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat, boleh anda baca berita gembira ini! ELFIRA LOY PELAKON "Kepada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat, boleh anda baca berita gembira ini," tulisnya.Bagaimanapun, Elfira tidak menyatakan usia kandungannya itu. Perkongsian Elfira di Instagram. Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut dan rakan artis yang turut sama teruja.Rata-ratanya mendoakan semoga ibu dan bayi dalam kandungan diberikan kesihatan yang baik sehingga hari kelahiran.Elfira berkahwin dengan Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019.Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Rayyan pada Oktober 2019. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!