suria

Kisah cinta dan perpisahan Song Hye Kyo dan Jang Ki Yong dalam ‘Now, We’re Breaking Up’... saksikan di Viu November ini!

Now, We’re Breaking Up bakal menyaksikan gandingan mantap Song Hye Kyo dan Jang Ki Yong.

DRAMA Now, We're Breaking Up yang pastinya ditunggu-tunggu pencinta KDrama tempatan khususnya peminat Song Hye Kyo dan Jang Ki Yong.

Apa yang menariknya, Now, We're Breaking Up boleh ditonton di Viu bermula 12 November depan iaitu sama tarikh tayangan dengan stesen televisyen Korea Selatan.

Ramai tak sabar dan rindu untuk menonton aksi pertama Song Hye Kyo, mana tidaknya ini merupakan kemunculan pertamanya selepas berpisah dengan pelakon terkenal Song Jong Ki.

Selain itu, drama ini juga merupakan buah tangan terakhir Jang Ki Yong sebelum menyertai khidmat ketenteraan wajib Korea pada Ogos lalu.

Drama ini juga diarahkan oleh Lee Gil Bok yang pernah mengarah beberapa drama hit seperti My Love From the Star, Dr. Romantic, dan Vagabond.

viu jang kiyong

Dapatkah pasangan ini mempertahankan cinta mereka?

Dia juga pengarah kepada drama Dr. Romantic 2 yang merupakan salah satu drama paling tinggi tontonan di Viu.

Bagi pencinta fesyen, drama ini pasti teruja melihat gaya fesyen Song Hye Kyo yang pastinya menjadi rujukan.

Now, We're Breaking Up mengisahkan seorang pengurus kumpulan pereka jenama fesyen terkenal, Ha Young Eun (Song Hye Kyo) yang berpenampilan menarik namun berhati dingin.

Dia hanya mengutamakan keselamatan dan kestabilan diri sendiri. Dia juga menganggap cinta seperti trend fesyen.

Namun segala-galanya berubah selepas dia bertemu seorang pecinta fesyen yang juga jurufoto Yoon Jae Kook.

Percintaan mereka secara tidak sengaja telah mengubah persepsi antara satu sama lain. Dapatkan pasangan ini meneruskan percintaan? Adakah perpisahan menjadi jalan terbaik demi ego masing-masing?

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain