suria

Netizen ‘bitter’ Mawar Karim bergambar dengan Ashraf Muslim di Makkah… awal-awal mengaku bukan orang ketiga - “Dah kenapa upload foto dengan suami orang?”

Mawar bergambar kenangan dengan Ashraf Muslim di Kota Suci Makkah.

TINDAKAN usahawan Mawar Karim berkongsi foto dengan pelakon Ashraf Muslim di Instagram mengundang pelbagai reaksi netizen.

Tampil menjelaskan maksud perkongsiannya itu, bekas isteri kepada aktor Fizo Omar ini berkata tiada salahnya dia bergambar dengan Ashraf yang diketahui adalah suami orang.

"Ada tulis ke dosa atau kesalahan saya muat naik gambar ini?" jawab Mawar pada salah satu komen yang ditinggalkan pengikutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Karim dituduh cemburu kerana larang bakal isteri Fizo Omar gelar diri mummy atau mama pada anak - “Saya masih waras... tak perlu iri hati”

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Karim ada di KL, penat baca dakwaan ditahan SJR Perasing dengan menteri PAS - “Adoi... macam-macam cerita keluar”

Sebelum itu, Mawar memuat naik gambar bersama Ashraf yang ditemui semasa berada di Kota Makkah.

Menerusi ruangan kapsyen, usahawan tudung ini menulis ayat dalam bahasa Arab berbunyi 'ana la thlatha' yang bermaksud saya bukan yang ketiga.

mawar 3

Mawar bergambar dengan Ashraf Muslim di Makkah.

Gara-gara foto berdua itu, netizen mempersoalkan tindakan Mawar yang dilihat kurang manis bergambar bersama suami orang.

"Dah kenapa upload foto dengan suami orang tu,” tanya pengikut berkenaan.

Ada tulis ke dosa atau kesalahan saya muat naik gambar ini?

MAWAR KARIM

USAHAWAN

Difahamkan Mawar kini berada di Arab Saudi bagi menunaikan ibadah umrah sendirian.

"Alhamdulillah syukran (terima kasih) beberapa orang yang terlibat dalam urusan saya, MasyaAllah datang ke Makkah.

mawar 2

Mawar bersama anak tunggalnya, Wan Maryam.

"Ya kali ni seorang tanpa ditemani anakanda Maryam atau keluarga. Saya datang kerana Allah, saya pulang kerana Allah," tulisnya di Instastory pada malam Jumaat.

Untuk rekod Mawar pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fizo Omar pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Pada Khamis lalu, Fizo melangsungkan pernikahan dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri di Masjid Al Ridhuan, Hulu Kelang, Selangor dan kemudian diraikan dalam majlis di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang pada hari yang sama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain