suria

Keluarga mohon tidak sebar foto jenazah arwah Mamat Khalid

Pihak keluarga mohon tidak sebar foto jenazah arwah.

PIHAK keluarga Allahyarham Mamat Khalid meminta orang ramai yang hadir pada majlis pengebumian tidak memuat naik gambar jenazah pengarah tersohor itu di laman sosial.

Perkara itu diberitahu menerusi satu posting di Instagram milik arwah pada pagi Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Mamat Khalid meninggal dunia, rebah di restoran miliknya

ARTIKEL BERKAITAN: Mamat Khalid kritikal di ICU

“Assalamualaikum semua, kami pihak keluarga abang Mamat Khalid memohon jasa baik anda supaya tidak memuat naik gambar jenazah arwah abang Mamat Khalid.

Terima kasih” ujarnya.

dsdfsyj

Perkongsian di Instagram arwah.

Jenazah Allahyarham Mamat Khalid akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Kampung Paloh, Ipoh pada pukul 11 pagi ini.

Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 58 tahun kira-kira pukul 12.30 malam Ahad.

Allahyarham rebah sekitar pukul 10 malam Sabtu di restoran miliknya di Sarang Art Hub, Tanjung Malim, Perak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain