UCAPAN selamat panjang umur sempena sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-70 Jaafar Onn baru-baru ini daripada Allahyarham Mamat Khalid akan kekal dalam ingatan pelakon senior itu sampai bila-bila. Lebih meninggalkan kesan apabila doa yang dibuat menerusi Facebook pada Sabtu itu menjadi perkongsian terakhir arwah Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada Ahad. "Terkejut sangat apabila dapat tahu Mamat Khalid dah tiada. Baru kelmarin dia wish birthday saya dengan ucapan panjang umur. ARTIKEL BERKAITAN: Mamat Khalid meninggal dunia, rebah di restoran miliknya ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga mohon tidak sebar foto jenazah arwah Mamat Khalid "Saya juga sempat balas mesej dia. Tapi tak sangka dia yang ucap selamat panjang umur kepada saya tapi ajal dia sampai dulu. "Moga arwah tenang di sana... moga Allah lapangkan kuburnya," kata Jaafar ketika dihubungi mStar. Ucapan ulang tahun terakhir Mamat Khalid kepada Jaafar Onn. Pada Sabtu Mamat memuat naik posting ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada Jaafar yang disambut pada 19 Oktober lalu. "Selamat panjang umur kekanda abang Jay ku yang meleleh Jaafar Onn," tulis arwah secara ringkas sambil berkongsi gambar kek yang dikirimkan Jaafar kepadanya. Bercerita lanjut tentang kek berkenaan, Jaafar berkata dia juga tidak menyangka ia menjadi hadiah terakhir untuk arwah. "Kek tu dimasak sempena birthday saya, mana pernah orang yang sambut hari jadi yang bagi kek. Saya rasa terkilan sangat... sudah terputus hubungan kita yang hidup ni dengan dia JAAFAR ONN PELAKON "Saya masak kek Arab dan hantar kat dia. Sebenarnya dia share kat FB selepas dia dah makan kek tu," katanya. Mengulas tentang kenangannya dengan arwah, Jaafar berkata dia bersyukur apabila Mamat memberi kepercayaan untuk kembali berlakon. "Saya rasa terkilan sangat... sudah terputus hubungan kita yang hidup ni dengan dia. Mamat Khalid disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 malam Ahad "Dia banyak bagi saya tawaran berlakon... Saya rindu dia sangat-sangat. "Dia kembalikan saya dalam bidang lakonan, memang sedih sangat tapi kita kena reda kerana ini ketentuan Allah," katanya. Untuk rekod Jaafar baru sahaja membintangi filem arahan Mamat iaitu 18 Puasa di Kampung Pisang yang ditayangkan pada April lalu. Tambah Jaafar, dia cukup selesa bekerja di bawah arahan Mamat yang disifatkannya sangat peramah dan berbudi bahasa. "Mamat ni orangnya pendiam tapi ramah apabila berjumpa orang, ia membuatkan saya rasa selesa dengan dia. "Dia selalu panggil saya dengan gelaran 'idolaku' sebab dia ni suka bergurau. "Arwah ni akan layan semua artis macam anak beranak dia. Dia layan dengan cukup mesra macam keluarga," katanya. Allahyarham Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, Perak, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Ahad. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI