suria

[VIDEO] Perit... Sajat kongsi detik-detik pilu berpisah dengan anak, berazam bina perniagaan baharu di luar negara - “Sebelum lari saya peluk anak-anak bagi tahu saya terpaksa pergi”

Sajat akui rasa berat hati ingin berpisah dengan anak-anak.

MENGAMBIL keputusan untuk berhijrah ke Australia adalah satu tindakan yang sangat sukar dibuat usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat kerana terpaksa meninggalkan dua anak angkatnya dan keluarga tersayang.

Menerusi perkongsian video di Facebook bersama pelawak terkenal Harith Iskander pada malam Ahad, Nur Sajat, 36, menceritakan detik pilu terpaksa berpisah dengan anak serta keluarga kerana mendakwa dirinya tidak selamat berada di Malaysia.

"Saya terpaksa meninggalkan anak saya, perniagaan saya, empire yang saya usahakan, saya tak boleh berfikir.

ARTIKEL BERKAITAN: Sajat muncul di 'IG Live' dakwa sudah berhijrah ke Australia

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Sajat tiba-tiba ‘meletup’, Mustika luah perasaan terbeban masalah abang sendiri

"Saya hanya fikir sekarang saya perlu selamat diri saya, sebab itulah saya melarikan diri, itulah keputusan diri saya.

"Memang perit untuk saya... sebelum lari saya peluk anak-anak saya dan beritahu saya terpaksa pergi sebab bukan dalam keadaan selamat di sini," katanya dalam keadaan sebak.

Screen-Shot-2021-10-25-at-10.52.14-AM

Video live Facebook Sajat bersama pelawak terkenal Harith Iskandar.

Sajat mempunyai sepasang anak angkat iaitu Syahmi dan Syaza berusia dua tahun yang kini di bawah jagaan ibu bapanya.

Tambah Sajat, dia terfikir untuk melarikan diri selepas menerima tekanan dari pihak-pihak tertentu sehingga menyebabkannya mengalami depresi dan terpaksa mendapatkan rawatan mental.

"Orang tak faham apa saya lalui... kalau betul lah saya dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun mereka akan letakkan saya dalam penjara lelaki.

"Saya yang dah transwomen semuanya dah berubah mesti la saya rasa tak selamat berada di dalam (penjara).

Saya yang dah transwomen semuanya dah berubah mesti la saya rasa tak selamat berada di dalam (penjara).

NUR SAJAT

USAHAWAN KOSMETIK

“Saya mengalami kemurungan yang amat sangat apabila banyak tekanan yang saya terima, sehingga saya terpaksa mengambil ubat dan mengikuti rawatan mental.

Minggu lalu, Sajat mendedahkan secara rasmi sudah berhijrah ke Australia dan sedang menjalani kuarantin di Canterbury selain menyatakan pendiriannya untuk tidak mahu kembali lagi ke Malaysia.

Sajat berkata, dia akan membina hidup baharu di negara itu dan bercita-cita memberi peluang pekerjaan kepada belia Malaysia yang ingin bekerja di luar negara.

"Saya nak cuba bangkit balik, nak buka perniagaan di sini, buka peluang kepada belia Malaysia yang ingin bekerja di sini.

"Ya... saya tahu susah, tapi dalam hidup ini tiada yang mudah," ujarnya.

Pada Januari lalu, Sajat pernah didakwa dengan dua pertuduhan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana berpakaian seperti wanita dan memuat naik gambar yang tidak sopan di laman sosial Instagram miliknya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain