suria

Anak Mamat Khalid pikul amanat arwah sambung projek filem tak selesai - “Sudah tentu ada beza hasil tangan saya dengan papa”

Amen akan teruskan perjuangan bapanya dalam bidang pengarahan.

KEHILANGAN bapa tercinta Allahyarham Mamat Khalid semestinya menjadi tamparan hebat buat anak keempatnya, Mohd Khalid Amen.

Tidak mahu legasi ditinggalkan bapanya dalam bidang pengarahan berkubur, Amen, 25, nekad menyambung projek melibatkan arwah yang belum selesai.

Kata Amen, dia sangat bersyukur apabila arwah sedikit sebanyak mengajar dan memberi pendedahan kepadanya dalam bidang tersebut.

"InsyaAllah... saya akan teruskan apa yang dia usahakan sebab itu yang dia nak, itu yang dia nak sangat saya teruskan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mamat Khalid sempat hiburkan keluarga, main keyboard lagu Apokalips sebelum rebah

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Mamat Khalid selamat dikebumikan, 200 kenalan dan rakan artis hadir beri penghormatan terakhir

"Beberapa minggu sebelum pergi, dia minta saya untuk tolong jaga mama dan family. Dia juga banyak beri peluang kepada saya untuk mengarah," katanya kepada mStar.

202837641_1014888062589374_2330746394576682209_n

Foto kenangan bersama Allahyarham Mamat Khalid.

Pada Isnin, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berkata, bersedia untuk meneruskan projek naskhah akhir Allahyarham Mamat Khalid yang tidak sempat disempurnakan.

Berhubung perkara itu, Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid memberitahu pihaknya akan berbincang dengan ahli keluarga Allahyarham untuk menjalankan penggambaran filem epik bertajuk Pasir Salak Pasir Berdarah yang mana skrip filem itu sudah siap sepenuhnya pada 2017.

Biarpun berasa gementar dan tidak yakin, namun Amen berjanji untuk melakukan yang terbaik jika diberi peluang meneruskan projek berkenaan.

Saya yakin mengarah tapi saya kena study dulu karya-karya papa dengan ilmu yang papa bagi.

MOHD KHALED AMEN MOHAMAD

ANAK ALLAHYARHAM MAMAT KHALID

"Karya Pasir Salak Pasir Berdarah saya tak tahu boleh arah atau tidak sebab ini adalah projek besar, InsyaAllah kalau Tuhan izinkan saya akan sambungkan.

"Saya kena study dulu karya-karya papa dengan ilmu yang papa bagi.

Sementara itu, Amen mengakui pemergian bapanya menyuntik semangat untuk dia meneruskan kerjaya dalam bidang pengarahan.

mamat 1

Allahyarham Mamat Khalid meninggal dunia pada Ahad.

Walaupun kehilangan guru yang hebat namun dia bersyukur masih ada orang yang boleh dirujuk dalam ilmu pengarahan.

"Alhamdulillah saya masih ada rakan-rakan papa yang boleh dirujuk dalam ilmu pengarahan seperti Aziz M.Osman dan Hassan Abdul Muthalib.

"Ramai kawan-kawan papa yang membantu dan selalu support dia. Saya yakin dalam mengarah kalau ada orang belakang bantu.

"Ya sudah tentu akan ada beza hasil tangan saya dengan papa. Tapi InsyaAllah saya akan terus belajar dan usaha," ujarnya.

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, Perak, kira-kira jam 12.30 tengah malam, 24 Oktober lalu.

Arwah meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan dan lima orang anak iaitu tiga lelaki, Mohd Khalid Amen, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Zaffa dan dua perempuan iaitu Sara dan Nurhassanah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain