suria

Putus cinta selepas masuk Big Stage 2020, Hafiz Zainal belum ‘move on’... luah perasaan dalam lagu ‘Tak Kira’

Hafiz Zainal pertaruhkan kisah cinta dalam single terbaharu.

MEMPERTARUH kisah cinta sebenar dalam dalam single terbaharu, penyanyi Hafiz Zainal yakin dapat menghayati lagu berkenaan dan menyampaikannya dengan lebih baik.

Bekas peserta Big Stage 2020 ini mengakui kegagalan dalam percintaan yang lepas membuatkan dia berasa kecewa dan belum bersedia untuk bercinta sehingga terhasilnya single Tak Kira ini.

“Lirik lagu Tak Kira ini saya tulis dulu berdasarkan jalan cerita yang saya ingin sampaikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerjaya nyanyian suram, Hafiz Zainal labur RM500,000 buka klinik gigi - “Saya guna duit simpanan, tak mahu berhutang”

ARTIKEL BARKAITAN: Ibu hidap Alzheimer, Hafiz Zainal hilang tempat mengadu - “Rasa kehilangan... saya rindukan mak yang dulu”

“Sebelum masuk program Big Stage saya bercinta dengan seseorang. Namun, beberapa bulan selepas menyertai program itu, kami putus cinta. Hubungan saya dengan wanita itu hanya bertahan hampir setahun. Saya memang kecewa susah nak move on," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, Hafiz atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Zainal, 29, berkata dia tidak berniat menjual kisah cintanya bagi meraih perhatian pendengar sebaliknya ingin menyampaikan sebuah lagu dengan lebih jujur.

HAFIZZZ

Hafiz lebih terbuka berkongsi kisah cinta kepada pendengar.

"Bukan nak jual kisah cinta. Terpulang kepada netizen nak kata apa tak salah saya zahirkan perasaan melalui lagu, bukan menjual.

"Lagu sebelum ni penghayatan tidak terlalu jujur. Bila kisah saya sendiri lebih jujur dan senang nak hayati. Kita nak bagi orang rasa sendiri apa yang saya ingin sampaikan melalui lagu itu," ujarnya.

Dalam pada itu, bercakap soal cinta, Hafiz yang juga seorang doktor gigi berkata, dia kini dia lebih matang dan mencari pasangan yang boleh dijadikan isteri.

Bila kisah saya sendiri lebih jujur dan senang nak hayati.

HAFIZ ZAINAL

PENYANYI

“Ini masa saya untuk mencari cinta baru. Apatah lagi dalam lagu ini saya meletakkan diri rindu nak bercinta semula. Lagi pula saya sudah 29 tahun. Orang lain semua sudah ada kekasih dan pasangan hidup.

"Saya nak cari yang betul-betul serius tapi bukan dalam masa yang terdekat," ujarnya.

Hafiz baru sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Tak Kira pada 15 Oktober lalu dan boleh didengari di semua platform streaming.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Hafiz Zainal, Tak Kira, single baharu

Artikel Lain