suria

Sedih tengok isteri 36 jam bertarung nyawa tahan sakit kontraksi, Amir Floor88 setuju pembedahan sambut anak sulung

Amir Floor88 sudah bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan anak sulung mereka, malam Selasa.

SELEPAS 36 jam menahan sakit akibat kontraksi, akhirnya isteri kepada pemain gitar kumpulan Floor88, Amir iaitu Zarith Shawara selamat bersalin anak sulung mereka.

Menurut Amir atau nama sebenar Amirul Affeq, 30, isterinya itu melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 9 malam, Selasa.

"Alhamdulillah selepas menahan sakit sejak Isnin akhirnya isteri selamat lahirkan anak sulung kami. Bayangkan 36 jam dia menahan sakit nak bersalin tapi masih belum ada jalan untuk baby keluar, akhirnya doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Menggigil, sakit kepala... Amir Floor 88 positif Covid-19, tak tahu jangkit daripada siapa - “Saya tak ada melepak, hanya keluar beli makanan”

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Floor88 tangguh kahwin kerana Covid-19 - “Banyak kerja tergendala... dewan dah booking, imam dah sedia”

"Demi keselamatan isteri dan anak, kami bersetuju pembedahan dilakukan. Memang sedih sangat sebab tak dapat nak teman isteri sakit seorang diri dalam bilik bersalin. Sepanjang tempoh menunggu itu, saya hanya setakat dapat buat video call dan jumpa lima minit sebelum pembedahan.

"Isteri pun tak sihat sebab beberapa hari sebelum masuk hospital, dia diserang demam campak atau chicken pox. Tapi Alhamdulillah lepas makan ubat sekarang ini keadaan dia semakin baik cuma belum boleh sentuh baby lagi, saya pun petang ini baru dapat jumpa baby," katanya kepada mStar.

amir 2

Amir kongsi berita gembira kelahiran anak sulung di Instastory.

Sementara itu, Amir berkata kesukaran isteri melahirkan cahaya mata sulung mereka ini benar-benar membuka matanya untuk lebih menghargai pengorbanan seorang ibu.

"Tengok sendiri sakit yang isteri tanggung baru saya sedar pengorbanan seorang ibu. Kita sebagai lelaki tak boleh nak balas betapa besar jasa ibu melahirkan kita.

"Mereka bertarung nyawa semasa bersalin. Pengalaman pertama ini menjadikan saya lebih menghargai ibu dan isteri. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar dan kedua-duanya sihat,” ujarnya.

Nama dah ada... kami dah senaraikan beberapa nama tapi tunggu isteri dah sihat nanti kita bincang semula!

AMIR

AHLI KUMPULAN FLOOR88

Ditanya mengenai nama anak lelakinya itu, Amir berkata dia dan isteri sudah mempunyai beberapa pilihan nama.

Amir bagaimanapun masih belum memutuskan nama yang akan digunakan untuk bayi berkenaan.

amir floor88

Amir bersama kumpulan Floor88.

"Nama dah ada... kami dah senaraikan beberapa nama tapi tunggu isteri dah sihat nanti kita bincang semula.

"Pilihan nama itu kami berdua yang beri, kalau dah capai kata sepakat nanti kami akan umumkan nama putera sulung kami ini,” katanya.

Amir berkahwin dengan Zarith pada 26 Disember tahun lalu selepas empat bulan mengikat tali pertunangan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain