suria

Tak wajar boikot artis yang sudah mohon maaf, perlu beri peluang perbaiki kesilapan - Amar Baharin

Amar memilih untuk mengabaikan sebarang komen negatif daripada netizen.

LEBIH 10 tahun berkecimpung dalam industri seni, pelakon Amar Baharin berkata dia sentiasa berpegang pada prinsip tidak menghiraukan pendapat netizen dan hanya mengikut kata hatinya dalam membuat keputusan.

Amar, 36, berkata sebagai selebriti dia tidak boleh lari daripada kecaman dan kritikan netizen yang sentiasa mencari salah terhadap apa sahaja tindakan yang dilakukan mereka.

"Saya sepanjang hidup memang tak pernah berpegang pendapat netizen sebab saya ada prinsip hidup sendiri terutama apabila bekerja dengan orang yang kita berurusan dalam hal kerja itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Amar Baharin belum ‘expired’, masih jadi pilihan watak utama - “Attitude main peranan penting untuk kelangsungan diri"

ARTIKEL BERKAITAN: Amar Baharin tak nak hanya jadi hero drama cinta - “Tak boleh stuck satu watak saja... tak berkembang bakat yang ada”

"Kalau kita dengar netizen cakap memang benda ni takkan habis, biasalah separuh sokong dan begitu juga sebaliknya, jadi sekarang ni kita nak duduk di mana? Kita boleh jadi gila tahu kalau dengar cakap orang.

"Tetapi mana pendapat yang boleh guna, kita ambil untuk perbaiki diri kita yang mana tak elok jadikan angin lalu sahaja la, jujur dengan diri sendiri InsyaAllah peminat boleh terima," katanya kepada mStar.

amar 3

Amar dan isteri Amyra Rosli tak ambil pusing kecaman netizen.

Amar ditemui semasa sidang media drama Hati Yang Dikhianati yang diadakan secara atas maya, baru-baru ini.

Suami aktres Amyra Rosli ini mengulas mengenai isu hangat membabitkan video lawak lucah pelakon Fauzi Nawawi dalam sebuah program televisyen, baru-baru ini.

Keterlanjuran kata Fauzi itu menyebabkan ada segelintir netizen mengambil keputusan untuk memboikot selebriti dan program yang terlibat.

Tak wajar la nak boikot, dah minta maaf pun!

AMAR BAHARIN

PELAKON

Berkongsi pandangannya, Amar berkata tidak wajar netizen membuat tindakan sedemikian kerana artis juga merupakan manusia biasa dan perlu diberi peluang untuk memperbetulkan kesilapan.

"Saya pun tidak tahu cerita penuh sebab saya tidak melihat video tersebut sampai habis, mungkin netizen tidak boleh terima dengan cara dia bercerita sebab terlalu terbuka sangat.

amar 1

Amar dan Isyariana bergandingan dalam drama terbaharu.

"Tapi dia pun dah minta maaf... tak wajar la nak boikot, (mereka) dah minta maaf tu pun satu tindakan yang sepatutnya," ujarnya.

Bercakap mengenai Hati Yang Dikhiati, selain Amar, drama ini turut dibintangi oleh Isyariana, Mona Ellen, Zamarul Hisham dan Mia Nasir.

Drama ini akan kembali disiarkan bermula 22 Oktober lalu pukul 6 petang di saluran Astro Prima, setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain