suria

Jamal Abdillah jual kosmetik pula, hadiah isteri hamil anak ketiga - “Saya percaya bisnes ini boleh pergi jauh”

Jamal ceburi perniagaan kosmetik demi isteri tercinta.

SEBAGAI hadiah buat isteri yang kini sedang hamil cahaya mata ketiga, penyanyi Datuk Jamal Abdillah mula menceburi bidang perniagaan kosmetik.

Biarpun teruja dengan perniagaan tersebut namun Jamal, 62, tetap berasa bimbang memandangkan ia percubaan pertamanya dalam bidang kosmetik.

ARTIKEL BERKAITAN: Yamani Abdillah teruja dapat tahu bakal dapat adik lagi, tak sangka bapa buat ‘surprise’ - “Kalau boleh nak lelaki... boleh buat band”

"Saya bekerjasama dengan sebuah syarikat kosmetik sebagai hadiah sempena isteri saya hamil anak kami yang ketiga. Perasaan teruja dengan bisnes baharu ini memang ada.

179926720_152813453451631_7189401828869907620_n

Jamal dan isteri bakal timang cahaya mata ketiga.

"Tapi saya akui perasaan bimbang itu tetap ada kerana ini pertama kali saya menceburi bidang kosmetik. Tapi saya percaya bisnes ini boleh pergi jauh.

"Mungkin ini permulaan dalam bidang ini dan kalau ada rezeki, kami akan keluarkan pelbagai produk kosmetik lain," katanya kepada mStar.

Jamal kini menjadi rakan bisnes kepada sebuah syarikat kosmetik yang memiliki reputasi tinggi apabila pernah mengeluarkan produk jenama Natasya yang mampu bertahan di pasaran lebih 10 tahun.

Seperti yang saya katakan, bisnes ini sebenarnya sebagai tanda penghargaan saya kepada isteri.

JAMAL ABDILLAH

PENYANYI

Pada Ogos lalu, Jamal mengumumkan isterinya Datin Zai Izzati sedang hamil cahaya mata ketiga dan usia kandungnya ketika itu sudah memasuki 12 minggu.

Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan perkahwinan mereka dikurniakan dua zuriat iaitu Nur Azura Yamani, 2 dan El Issac Yamani, 1.

Selain Azura dan El Issac, Jamal turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 15, menerusi perkahwinan terdahulu.

Jamal 2

Jamal berharap perniagaan kosmetik yang diceburi berjaya.

Dalam pada itu, Jamal berkata idea kerjasama itu tercetus apabila dia melihat hobi isterinya yang gemar berhias cantik dan bersolek setiap masa.

"Sekarang ini pun golongan lelaki yang gemar memakai produk kosmetik dan mungkin lepas ini syarikat berkenaan akan keluarkan produk kosmetik untuk lelaki pula.

"Seperti yang saya katakan, bisnes ini sebenarnya sebagai tanda penghargaan saya kepada isteri dan saya cuma membantu dia dalam menjayakan perniagaan ini," ujanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain